• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syabu Bernilai Lebih Setengah Sejuta Dirampas

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah syabu bernilai RM566,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Tangkak pada Rabu lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kejayaan itu hasil daripada soal siasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman terhadap seorang suspek bersabit dadah, yang diberkas pada 6 April.

Katanya, serbuan itu yang dilakukan bermula 3.40 petang hingga 9.30 malam berhasil merampas syabu berjumlah 8.09 kg, selain menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun yang didapati positif dadah methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

“Selain rampasan dadah, kita juga merampas sepucuk pistol jenis Stoeger Cougar 8000 Beretta, satu kelopak peluru, lima kelongsong peluru, 54 butir peluru hidup dan mesin pencetak pil ecstasy bersama blok logo,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program derma darah di Paradigm Mall, di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek yang ditahan kini direman selama seminggu sehingga 20 April ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8/8A Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.

Sementara itu, mengulas mengenai penularan berita palsu di media sosial tentang bantuan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Tunku Ibrahim di beberapa lokasi di negeri ini, Mohd Khalil berkata pihaknya setakat ini hanya menerima tiga laporan polis daripada orang awam berhubung perkara berkenaan.

“Berita palsu bukan mudah untuk kita kesan, tetapi kita akan menyiasat dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati menyalahgunakan media sosial,” katanya.

Terdahulu, seramai 198 anggota polis dan orang awam menyertai program derma darah itu yang dianjurkan secara bersama oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Hospital Sultan Ismail. – BERNAMA

Tags: Syabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd