Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Laman Web MAS Kena...

LAMAN rasmi syarikat penerbangan nasional negara, Malaysian Airlines (MAS) telah digodam satu pihak yang...

Penunggang Maut, Kaki Putus...

LUNDU - Seorang lelaki maut dalam keadaan menyayat hati apabila kaki kanannya putus...

Empat Sekeluarga Antara 55...

KOTA BHARU - Empat sekeluarga antara 55 yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)...

DPPM: AMGGRC Ada Unsur...

MELAKA - Penganjuran All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di sini disifatkan sebagai...

Susah Sejak Kecil, Kisah Hidup Mawar Jadi Inspirasi

NAMA Mawar Rashid mungkin mula dikenali ramai sekitar tahun 2015 lalu akibat kegagalannya menjawab soalan daripada wartawan berkaitan GST pada pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.

Siapa sangka, dalam kesenangan hidupnya sekarang, terdapat fasa yang paling berat pernah dilalui oleh pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu.

Seawal usia 15 tahun, Mawar sebenarnya sudah mula bekerja bagi menampung hidup keluarganya dengan menjual bedak sejuk untuk menyara perbelanjaan persekolahannya.

Dalam masa yang sama, gadis berdarah kacukan Melayu-Thailand itu turut rajin mengirimkan wang kepada ibunya sebelum dan selepas dia bergelar selebriti.

“Saya dan keluarga pernah menjalani kehidupan paling susah. Dari umur saya 15 tahun dah mula mencari duit untuk tanggung diri sendiri demi meringankan beban ibu.

“Hasil jualan bedak-bedak dan menjadi pelakon tambahan, saya dapatlah juga menampung duit belanja untuk ke sekolah.

“Syukur Alhamdulillah sejak zaman sekolah lagi saya mula beri duit kepada ibu walupun waktu itu tidak banyak tapi rasa bangga dapat balas jasa dia,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Kisah kejayaan hidup Mawar menjadi tular selepas dia berkongsikan perjalanan dirinya itu bersama dengan seorang Instafamous iaitu Nisha Ezzati.

Malah, warga laman sosial Twitter turut mengagumi usaha keras gadis berusia 23 tahun itu dan menjadikan dia sebagai sumber inspirasi mereka.


Pelakon drama Kalis Kasih itu turut berasa beruntung dan bersyukur kerana ibunya, Marinee Rashid telah berjaya mendidik dirinya menjadi seorang gadis yang tahu erti kesusahan dalam hidup.

“Alhamdulillah, ibu memberi didikan yang sempurna sehingga dapat membentuk hati yang mulia. Saya bangga dengan adik-beradik yang memiliki ciri-ciri seperti ibu.

“Ibu selalu berpesan, kasih sayang dalam keluarga itu amat penting selain memiliki hati yang bersih dan menghormati org lain juga antara sifat yang ditekankan dari dulu.

“Walaupun dalam apa jua keadaan hidup kami, tetap bahagia bersama keluarga yang tersayang,” tambanya lagi.

https://www.instagram.com/p/BhcJ80IBbWg/?taken-by=mawarashid

Dalam masa sama, selepas kisah hidupnya tular di media sosial, gadis itu sangat berharap agar ia dapat beri inspirasi kepada ramai orang untuk lebih bersemangat dalam kejar impian demi keluarga tercinta.

“Sejujurnya tak tahu boleh jadi tular kisah saya itu. Tetapi saya bersyukur jika pengalaman hidup dapat memberikan kesan positif kepada orang,” ujar anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Mawar telah selamat dinikahkan bersama dengan jejaka pilihan hatinya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob yang juga merupakan Presiden Kelab Bola Sepak Manchester United Malaysia, pada 9 November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori