• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Rugi RM151,800 Diperdaya Kenalan Facebook

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM151,800 selepas terpedaya dengan kata-kata manis kenalan di laman sosial Facebook, yang mendakwa dirinya seorang lelaki berasal dari Kanada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd Wazir Yusof berkata mangsa yang berusia 51 tahun itu mula memasukkan wang berkenaan ke dalam beberapa akaun sejak berkenalan awal Januari lalu.

“Suspek telah menyatakan kepada mangsa untuk datang ke Malaysia bagi mengambil wang milik syarikat ayahnya sebanyak RM1.2 juta.

“Bagaimanapun suspek mendakwa dirinya perlu meminjam wang daripada mangsa terlebih dahulu menyebabkan mangsa memasukkan wang ke dalam akuan yang diberikan suspek,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, selepas menyedari dirinya ditipu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Tags: facebookkes tipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik sekeping gambar beliau diiringi...

“Nama Tanah Melayu Telah Berakhir” – Veteran DAP

Veteran DAP Chang Khim Padam Hantaran Nama Tanah Melayu?

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim berkenaan nama Tanah Melayu sudah tiada di laman Facebook beliau....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd