• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Perak Umum Bubar DUN Di Istana Isnin Ini

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 akan diadakan dalam satu majlis di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Isnin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Penerangan Negeri Perak, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis menzahirkan pengumuman pembubaran DUN itu di Dewan Istiadat Kecil, Istana Iskandariah pada 10 pagi.

Untuk rekod mesyuarat pertama bagi penggal pertama Sidang DUN Perak ke-13 ialah pada 28 Jun 2013 manakala tarikh akhir DUN Perak terbubar sendiri adalah 27 Jun ini.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN. Pada PRU13, BN menang 31 kerusi, DAP (18) manakala PKR dan PAS masing masing memenangi lima kerusi.

PAS bagaimanapun kehilangan satu kerusi apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Bagi kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum lepas, BN memenangi 12 kerusi, DAP (tujuh), PKR (tiga) dan PAS (dua).

DAP hilang satu kerusi apabila calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 2014. – BERNAMA

Tags: Bubar Dun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Bukan Kerajaan Perpaduan – Exco Pemuda Amanah

Kerajaan Johor Bukan Kerajaan Perpaduan – Exco Pemuda Amanah

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan mengapa Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor perlu dibubarkan Fadhli Umar...

DUN Johor Bubar 22 Jun? Sidang Sehari Tanpa Soal Jawab Cetus Spekulasi

DUN Johor Bubar 22 Jun? Sidang Sehari Tanpa Soal Jawab Cetus Spekulasi

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Notis Mesyuarat Kedua bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-15 yang dijadual berlangsung pada 22 Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd