• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Johor Bubar 22 Jun? Sidang Sehari Tanpa Soal Jawab Cetus Spekulasi

oleh Mynewshub
29/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DUN Johor Bubar 22 Jun? Sidang Sehari Tanpa Soal Jawab Cetus Spekulasi
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Notis Mesyuarat Kedua bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-15 yang dijadual berlangsung pada 22 Jun depan mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)

Menerusi surat rasmi Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor bertarikh 29 Mei 2026, sidang itu hanya berlangsung selama satu hari bermula pukul 9.30 pagi di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Apa yang menarik perhatian notis tersebut turut menyatakan ‘tiada terimaan soal-soal’ untuk sidang berkenaan, sekali gus mengundang tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Johor Jaya, Liow Cai Tung turut membangkitkan persoalan berhubung sidang tersebut menerusi kenyataan di media sosial.

Menurut beliau, sidang Dewan Negeri secara berturut-turut dalam tempoh dua bulan jarang berlaku selain persidangan kali ini hanya berlangsung sehari tanpa sesi soal jawab.

“Tidak pernah ada sidang Dewan berturut-turut dua bulan. Kali ini hanya satu hari dan tidak ada sesi soal jawab,” katanya.

Beliau turut mendakwa DUN sebenarnya boleh dibubarkan tanpa perlu memanggil sidang khas terlebih dahulu.

“Kalau bukan untuk bubar Dewan Negeri Johor, jadi apakah agenda sidang Dewan kali ini?” soalnya.

Terdahulu, spekulasi pembubaran DUN Johor semakin hangat diperkatakan oleh ramai pihak.

Malah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini turut menegaskan pembubaran DUN Johor adalah hak Sultan Johor atas nasihat Menteri Besar.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan kerajaan negeri berhubung kemungkinan pembubaran DUN atau tarikh PRN Johor. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Liow Cai Tung

Tags: 22 JunBubar DunLiow Cai TungNotis Mesyuarat KeduaPenggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-15PRN JohorSPEKULASI
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan melahirkan rasa syukur kerana Ketua Strategi Komunikasi parti itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd