• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR P.Pinang Minta Penyokong Kawal Emosi

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang meminta penyokong calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menimbulkan kekecohan pada penamaan calon esok.

Pengarah SPR negeri Md Fuad Mohd Sherif berkata mereka harus menghormati undang-undang pilihan raya dan tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Beliau berharap hari penamaan calon dan juga hari mengundi bagi pilihan raya umum kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan dalam keadaan baik.

“Saya minta para penyokong parti-parti politik agar bertolak-ansur, tidak melakukan provokasi dan menghormati ketenteraman awam ketika hari penamaan calon-calon PRU14 di 13 pusat penamaan calon,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

SPR telah menetapkan esok sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 5 Mei dan hari mengundi pada 9 Mei sementara tempoh berkempen adalah 11 hari.

Pulau Pinang mempunyai 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN.

Fuad menerangkan bahawa kesemua pusat penamaan calon akan dibuka dari 9 pagi hingga 10 pagi dan calon-calon hanya diberi tempoh sejam untuk menyerahkan borang-borang pencalonan mereka.

“Hanya tiga orang dibenarkan masuk ke dalam dewan penamaan calon iaitu bakal calon, seorang penyokong serta seorang pencadang dan pengistiharaan rasmi nama-nama calon yang bertanding akan diumumkan lebih kurang sejam selepas tempoh penyerahan borang ditutup,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman telah merasmikan pusat media PRU14 negeri di Tingkat 1, Bangunan MARA di Jalan Pengkalan Weld.

Katanya, pusat media ini berperanan sebagai pusat sehenti maklumat dan rujukan rasmi pengamal media untuk memperoleh info terkini berkaitan PRU14.

“Antara kemudahan yang disediakan untuk semua pengamal media termasuk jaringan internet, ruang kerja, mesin pencetak, mesin faksimili, mesin pengimbas, komputer dan minuman di ruang legar,” katanya.

Tambahanya, pusat ini akan beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari yang dikendalikan 10 kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: penamaan calonPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Bukan Bogel” – Ifa Raziah Tampil Pertahan Diri

Next Post

Jaga Tatasusila, Ikut Etika Semasa Proses Penamaan Calon

Related Posts

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

26/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Lima laluan jalan raya di sekitar Kuala Kubu Baharu akan ditutup sementara dan dilencongkan bagi melancarkan proses...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Next Post

Jaga Tatasusila, Ikut Etika Semasa Proses Penamaan Calon

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd