• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Tatasusila, Ikut Etika Semasa Proses Penamaan Calon

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Semua calon dan penyokong Barisan Nasional (BN) serta pembangkang perlu menjaga tata susila dan mematuhi etika semasa proses penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung esok di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga keamanan di sekitar kawasan pusat penamaan calon.

Beliau berkata pasukan keselamatan diingatkan supaya tidak memihak kepada mana-mana pihak jika tercetus sebarang kekecohan atau kekacauan di kawasan pusat penamaan calon.

“Saya berharap apabila proses penamaan calon dilakukan, tiada sebarang insiden berlaku di seluruh negara dan tidak berlaku kekecohan. Arahan sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis Negeri bagi menjaga keamanan.

“Kita tahu ini proses demokrasi, walau berbeza pendapat (politik), imej kita di sedang diperhatikan oleh pihak luar,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di sekitar Waterfront Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau turut dimaklumkan ramai individu telah membeli borang penamaan calon untuk bertanding sebagai calon bebas pada PRU14.

“Saya berharap penyokong mereka sama ada ramai atau tidak supaya mengutamakan ketertiban ketika proses penamaan calon berlangsung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidipenamaan calon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd