Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

M’sia Di Landasan Betul...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia berada...

Tiada Sekolah Dipinggirkan Oleh...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata...

Indeks Jenayah Pahang Menurun...

KUANTAN - Indeks jenayah Pahang menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus, setakat Mac tahun...

Lelaki Indonesia Didakwa Bunuh...

Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas...

SKMM Nafi Keluarkan Mesej Tular Di WhatsApp

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai mesej palsu ‘Pemantauan Secara Digital Kepada Semua Pengguna Telefon Pintar’ yang sedang tular di WhatsApp.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM menafikan mesej itu dikeluarkan oleh pihaknya.

“Oleh itu, jika anda menerima mesej yang dilampirkan, jangan sebarkan,” kata suruhanjaya itu.

SKMM menasihati orang ramai yang menerima mesej palsu tersebut supaya membuat laporan kepada Aduan SKMM melalui talian aduan Hotline 1800 188 030.

Selain itu aduan juga boleh dibuat melalui Faksimili di talian 03–8688 1880, SMS di SKMM ADUAN [Butir aduan] SMS to 15888 dan WhatsApp di talian 016-2206 262.


Mereka juga boleh menghantar e-mel di [email protected] dan Laman Sesawang Aduan di https://aduan.skmm.gov.my/ – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SKMM

Kategori