• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sinar Baharu Buat 5 Sekolah Berisiko Banjir Di Tatau

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TATAU – Keputusan kerajaan negeri memberi kelulusan segera baru-baru ini untuk memindahkan lima sekolah paling berisiko dilanda banjir di daerah ini ke penempatan baharu, disambut penuh rasa lega oleh warga pendidik dan ibu bapa di kawasan pedalaman bahagian tengah Sarawak ini.

Lima buah sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Penyarai, SK Rumah Keseng, SK Rumah Tayai, SK Nanga Tau dan SK Kuala Muput yang terletak di daerah Tatau dalam Parlimen Selangau.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tatau, Mohadi Mobin berkata daripada lima sekolah tersebut, SK Nanga Tau dan SK Kuala Muput mengalami kerosakan 100 peratus melibatkan kemusnahan harta benda dan struktur dalam kejadian banjir besar Februari lalu.

“Pada Februari lalu, PPD Tatau telah bentangkan kepada Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) cadangan untuk memindahkan lima buah sekolah tersebut ke satu lokasi yang lebih selamat. Alhamdulillah cadangan itu mendapat perhatian dan beliau (Abang Johari) telah meluluskan cadangan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Kejadian banjir itu telah menyebabkan SK Kuala Muput mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta manakala SK Nanga Tau kira-kira RM650,000.

Mengulas lanjut, Mohadi berkata keputusan Abang Johari yang juga Pengerusi Barisan Nasional itu disambut baik penduduk sekitar bagi memastikan pendidikan anak-anak mereka tidak terjejas.

“Paling utama, keputusan memindahkan sekolah ke lokasi lebih baik akan dapat mengurangkan gangguan kepada proses pembelajaran… dan dengan adanya tapak baharu ini murid-murid sekolah dan warga pendidik boleh mengajar dengan lebih selesa dan selamat,” katanya.

Ditanya perkembangan terbaharu proses pemindahan tersebut, Mohadi berkata penduduk sendiri akan mencadangkan lokasi bersesuaian.

“Kita telah bincang dengan Tuai Rumah serta penduduk setempat untuk menerima pandangan di mana lokasi sesuai. Ketua Menteri sendiri mahu lokasi baharu itu nanti berada di kawasan lebih tinggi, berhampiran jalan raya, selesa dan selamat untuk murid-murid,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Muput, Janang Kijun berkata beliau bersama ibu bapa yang lain berharap proses baik pulih serta pemindahan dapat dijalankan secepat mungkin.

“Kami ibu bapa berharap pemindahan sekolah ke lokasi lebih baik dapat mengelakkan proses pembelajaran anak-anak kami terganggu akibat banjir yang sering melanda,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd