Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Tambah Peruntukan Lebih Besar...

PUTRAJAYA : Pejuang Muda Putrajaya menggesa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon...

Jackie Chan Tak Percaya...

BEIJING - Pelakon terkenal kelahiran Hong Kong, Jackie Chan mendedahkan pelbagai rahsia mengenai...

“Jangan Tembak Saya!” Rayu...

MINGGU lalu, dunia komuniti fotografi antarabangsa gempar dikejutkan dengan sekeping gambar aksi spontan...

KPDNKK Sarawak Terima 47...

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak menerima 47...

Siasatan Lagu Anti-GST: Keterangan Lim Dirakam Polis

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang hari ini mengambil keterangan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi membantu siasatan kes yang mendakwa beliau mengindoktrinasikan kanak-kanak dengan politik kebencian apabila mengejek Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam parodi lagu ‘A, B, C’ baru-baru ini.

Peguam Lim, RSN Rayer berkata anak guamnya memberi kerjasama yang baik dan proses memberi keterangan berjalan lancar.

Sekiranya perlu, Lim bersedia memberi kerjasama selanjutnya kepada pihak polis bagi menyelesaikan siasatan itu, kata Rayer kepada pemberita selepas menemani Lim memberi keterangan kepada polis di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak di sini.

Dua pegawai polis dilihat tiba di pejabat Lim pada 2 petang untuk merakamkan keterangan ketua menteri berkenaan namun difahamkan proses itu hanya bermula kira-kira 2.50 petang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan gagal dihubungi bagi mendapatkan pengesahan.


Sebelum ini, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, dilaporkan telah disiasat oleh polis susulan laporan yang dibuat terhadapnya mendakwa beliau mengindoktrinasikan kanak-kanak dengan politik kebencian apabila mengejek GST dalam parodi lagu ‘A, B, C’.

Klip video berdurasi 32 saat itu menunjukkan Lim menari sambil mengejek GST pada pelancaran pusat tuisyen di Jelutong, 17 Mac lalu.

Susulan laporan polis itu, beliau disiasat menurut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 serta penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori