• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Show HK Tak Jadi, Khai ‘Balas Dendam’ Di Bandung

oleh
12/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN lalu sepatutnya menjadi tahun yang paling bermakna dalam hidup penyanyi berbakat besar, Khai Bahar sekiranya dia dapat meneruskan konsert sulungnya di Hong Kong. Tetapi, apa yang berlaku tak seperti yang dirancang.

Baca: Peminat Taja Konsert Khai Bahar Di Hong Kong?

Juga: Khai Bahar, Neelofa Menang Besar Di AME2018

Namun tahun ini, demi ‘membalas dendam’, Khai bakal mengubati kekecewaan peminat setianya apabila penyanyi lagu Bayang itu bakal mengadakan konsert mini di Bandung, Indonesia pada bulan hadapan.

“Setiap penyanyi menginginkan ruang berkongsi bakat. Saya juga tidak terkecuali. Mungkin ada yang memandang sinis terhadap usaha ini kerana saya belum merakamkan banyak lagu,” katanya diptik daripada portal BH Online.

Sebab utama mengapa konsertnya di Hong Kong itu terpaksa dibatalkan ialah apabila negara berkenaan telah dilanda ribut taufan dan sekali gus mengecewakan ramai peminatnya disana.

Difahamkaan bahawa konsert berkenaan telah ditaja sepenuhnya oleh kelab peminat King Of Smule itu yang mana mereka merupakan warganegara Indonesia yang menetap di sana.

Malah, terdapat beberapa jumlah wang serta dana telah berjaya dikumpul oleh mereka bagi merealisasikan impian penyanyi berusia 24 tahun itu mengadakan konsert terbesarnya di sana.

“Namun, itu bukan halangan kerana konsert mini itu menjadi medan untuk menguji kreativiti saya. Di samping menyanyikan lagu sendiri seperti Bayang dan Luluh, saya juga memilih beberapa lagu popular lain untuk disampaikan dalam versi tersendiri.

“Ketika ini, persiapan sedang rancak dijalankan. Paling mengujakan apabila mendapat tahu peminat dari negara lain akan turut bersama saya di Bandung nanti. Ia penghargaan paling bermakna, terutama untuk penyanyi baharu seperti saya,” tambahnya.

Selepas kejayaan lagu Luluh dan Bayang, Khai sekali lagi muncul dengan sebuah lagu duetnya bersama dengan penyanyi baharu iaitu Fatin Husna, yang berjudul Rahsia Kita, hasil ciptaan Harris Yusoff dan Jim Bimasakti.

Dalam masa yang sama, pemuda kelahiran negeri Perlis itu juga bakal muncul dengan dua single solonya bagi melengkapkan lagi perjalanan karier seninya pada tahun ini.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap Rahsia Kita itu begitu memberangsangkan. Setakat ini, muzik video lagu itu sudah ditonton lebih 1 juta. Insya-Allah, selepas raya nanti, saya akan melancarkan single solo yang sudah siap dirakamkan,” ujarnya lagi.

Penantian Khai kini sudah berakhir apabila dia bersama dengan penyanyi kesayangannya, Siti Nordiana bakal memasuki studio rakaman tidak lama lagi.

Sekaligus membuatkan salah satu impiannya telah terlaksana sejak menceburi bidang seni sekitar tahun lalu lagi.

“Ketika ini, kami masih mencari masa yang sesuai untuk memulakan rakaman memandangkan masing-masing terikat dengan pelbagai komitmen kerja. Saya tidak mahu rakaman lagu duet kami dibuat secara tergesa-gesa atau sekadar tangkap muat.

“Saya mahu segala-galanya dirancang rapi, tambahan pula berduet dengan Nana sudah menjadi impian saya sejak sekian lama. Biarlah penantian itu berbaloi,” katanya.

Baru-baru ini, Khai telah dinobatkan dengan anugerah Top Top MeleTOP 2018 ketika majlis Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME2018) selepas berjaya menumpaskan ramai lagi selebriti tempatan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: AME2018Khai BaharKhai Bahar Live in Hong KongNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd