• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Calon UMNO P.Pinang Sudah Dimuktamad

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Senarai calon UMNO Pulau Pinang untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata UMNO akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata lapan kerusi parlimen dan 25 kerusi DUN lagi ditandingi parti-parti komponen BN iaitu Gerakan, MCA dan MIC.

Zainal Abidin turut memaklumkan bahawa beliau tidak bertanding pada PRU14 dan berkata hasrat untuk tidak bertanding itu telah dimaklumkan kepada perdana menteri hampir dua tahun lepas.

“Saya amat berterima kasih kepada perdana menteri kerana bersetuju dengan cadangan saya untuk seorang muka baharu menggantikan saya di kerusi Parlimen Nibong Tebal. Beliau telah saya perkenalkan, telah berkhidmat kepada masyarakat dan mendapat reaksi yang positif dalam kalangan penduduk tempatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata UMNO akan memastikan BN dapat mengekalkan tiga kerusi parlimen dan 10 DUN sedia ada serta merampas kembali dua kerusi parlimen dan lima DUN yang pernah dimenangi sebelum ini.

Pada pilihan raya umum ke-13, BN memenangi kerusi Parlimen Balik Pulau, Tasek Gelugor dan Kepala Batas serta 10 kerusi DUN yang kesemuanya diwakili oleh UMNO.

Pulau Pinang diperintah pakatan pembangkang sejak 2008 dan pada pilihan raya umum lepas DAP menang 19 daripada 40 kerusi DUN manakala PKR (10), PAS (satu) dan Barisan Nasional (10). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zainal Abidin OsmanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd