• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Ada Lagu Sendiri, Tapi Forteen Masih Bersama

oleh
03/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG demi seorang anggota kumpulan Forteen muncul dengan lagu single solo mereka. Kini tiba pula giliran untuk Ariz Lufias menghasilkan lagu baharu solonya yang berjudul Pergi.

Bagi Ariz, lagu berkenaan merupakan kisah sebenar yang terjadi kepada dirinya sebelum ini dan menyifatkannya sebagai agak peribadi buatnya.

Menurut jejaka berusia 28 tahun itu, lagu berkenaan sudah lama dihasilkan tetapi ia baru sahaja dapat dikeluarkan baru-baru ini.

“Single ini cukup istimewa kerana lirik dan melodinya dihasilkan saya sendiri. Ia berkisar mengenai individu yang sering menerima ugutan untuk berpisah daripada kekasihnya, lantas tekad memilih membawa haluan sendiri.

“Saya turut menyelitkan maksud tersirat menerusi video muzik lagu ini dan teruja kerana ramai peminat dapat menerima mesej yang cuba disampaikan.

“Inilah lagu pertama ciptaan saya yang dibawa ke tengah dan dinyanyikan secara komersial. Saya berharap ia boleh diterima peminat muzik,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Pergi sepatutnya dilancarkan tahun lalu namun disebabkan ada beberapa isu tidak dapat dielakkan seperti kekangan waktu dan kesibukan menguruskan perniagaan serta aktiviti lakonan, dia terpaksa tangguh buat seketika.

Jadi, disebabkan secara kebetulan pada awal tahun ini dia mempunyai masa lapang, lagu berkenaan telah berjaya dikeluarkan secara rasmi pada 5 Mac lalu.

Dalam masa yang sama, ada beberapa dakwaan kononnya kumpulan Forteen bakal berpecah kerana mereka masing-masing mempunyai kerjaya solo sendiri.

Namun, dakwaan itu palsu semata-mata kerana sehingga kini mereka masih lagi bersama dan turut menerima banyak undangan persembahan.

“Ramai yang buat andaian kami bakal berpisah, sedangkan hakikatnya berbeza. Cuma, saya rasa tiba masanya untuk saya menghasilkan projek solo selepas melihat kejayaan Izzue, Ameer dan One.

“Kami saling menyokong dan menghormati kerjaya solo masing-masing, selagi tidak ganggu perancangan seni Forteen. Jadi, persoalan untuk bubar Forteen sama sekali tidak timbul,” tambahnya lagi.

Selain itu, Ariz juga bakal melancarkan produk makanan tambahan kesihatan di bawah jenamanya sendiri setelah lama mengamalkan produk berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: ARIZ LUFIASForteenPERGI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kena Sepak Beramai-Ramai Di Surau, Tiada Siapa Tolong Aku”

21/07/2018
0

PENYANYI Ariz (Forteen) mendedahkan pernah mengalami kemurungan akibat menjadi mangsa buli ketika berada di bangku sekolah. Ariz atau kini dekenali...

Isteri Izzue Islam Nafi Khabar Angin Sudah Berbadan Dua

06/05/2016
1

ADA khabar angin mengatakan isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam sudah berbadan dua berdasarkan  foto yang terdapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd