• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Khidmat Kesihatan Bukan Omong Kosong

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Komitmen kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti yang merupakan antara terbaik di dunia untuk rakyat Malaysia, bukanlah omong kosong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini terbukti apabila Laporan Jurnal Antarabangsa Pelancongan Kesihatan mengiktiraf Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan perubatan selama tiga tahun berturut-turut sejak 2015.

Katanya majalah International Living turut mengiktiraf Malaysia sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam bidang penjagaan kesihatan.

“Ini kerana akujanji dibuat kerajaan berjaya dilaksanakan. Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita tetapkan penjagaan kesihatan dan gaya hidup antara satu daripada 14 teras keutamaan diperjuangkan kerajaan untuk lima tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di sini hari ini.

Menerusi akujanji berkenaan, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses rakyat.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM27 bilion dan RM26 bilion kepada Kementerian Kesihatan, masing -masing dalam Bajet 2018 dan 2017 yang lalu.

Peruntukan besar itu penting untuk mencapai sasaran nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2030, katanya.

Dalam konteks penyakit kanser di Malaysia, Najib berkata kanser adalah penyebab kematian keempat tertinggi di Malaysia pada 2015, dan sehubungan itu, beliau menggalakkan rakyat menjalani saringan awal kanser kerana dianggarkan 65 peratus kes yang dirujuk di hospital sudah mencapai tahap kronik dan teruk.

“Saya hairan, kenapa orang tidak mahu melalui ujian kesihatan termasuk kanser. Mereka takut pergi ke hospital, takut mengetahui keadaan sebenar sehingga dapat dikesan, pada masa itu sudah berada di tahap empat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kesedaran serta memajukan lagi bidang penjagaan kesihatan negara termasuk memberi tumpuan kepada pendidikan mengenai gaya hidup sihat, pencegahan awal, serta amalan pemakanan yang baik dalam kalangan rakyat.

Mengambil contoh kisah Razali Tompang yang viral di sosial media pada 2013, Najib berkata kisah itu menyentuh hati beliau secara peribadi kerana Razali yang dikejutkan dengan bil rawatan kanser arwah bapanya di Hospital Kuala Lumpur sekitar RM11,000 dan mempunyai RM100 di dalam poket, hanya dikenakan caj sebanyak RM31.80 dan selebihnya ditanggung oleh kerajaan.

“Inilah kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Perkara ini perlu disebar luas tentang betapa banyak subsidi yang diberikan oleh kerajaan dalam bidang kesihatan kepada rakyat setiap tahun.

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyebut mengenai kos rawatan kanser menggunakan mesin Novalis mencecah hampir RM40,000 di hospital swasta, tetapi di hospital kerajaan, pesakit hanya perlu membayar RM12,” katanya.

Novalis Tx digunakan bagi meningkatkan ketepatan pancaran radiasi kepada sel kanser tanpa menjejaskan sel tisu sihat di kawasan lain.

Najib turut memberi pengiktirafan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mencetus idea penubuhan Institut Kanser Negara (IKN) pada 2007 yang membabitkan kos RM700 juta dan setakat ini, IKN mengendalikan 37,452 pesakit berbanding 505 pesakit ketika mula beroperasi pada 2013.

Dengan nada mesra, perdana menteri menyampaikan serangkap pantun, walaupun pembayangnya mengenai isu di Selangor dan pilihan raya, namun pada maksudnya terserlah penghargaan kepada Abdullah. – BERNAMA

Sungguhpun di negeri Selangor terjumpa baldi,
Kes denggi tertinggi di Darul Ehsan tetap kita perangi,
Biarlah pemimpin itu bawa hati ke Pulau Langkawi,
Namun yang paling penting Pak Lah tetap setia kekal di sini.

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakkesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini. Ia termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd