• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Gugur Pemain Pada Separuh Akhir Piala FA

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho bersedia menggugurkan beberapa pemainnya untuk perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford pada Sabtu.

Dia membuat keputusan itu selepas tewas kepada pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion pada Ahad lalu.

United tumbang 1-0 di laman sendiri pada perlawanan tersebut sekaligus membolehkan Manchester City meraih gelaran juara liga.

Kata Mourinho, pasukannya adalah ‘jaguh komplikasi’.

Ketika ditanya sama ada dia akan membuat giliran antara pemain pada perlawanan menentang Bournemouth pada Rabu, Mourinho menegaskan bahawa beberapa pemain yang bermain menentang West Brom akan ditampilkan semula di Bournemouth kerana mereka kalah di separuh akhir.

“Penggiliran bukan perkataan yang sesuai. Kalau pemain yang bermain menentang Bournemouth itu luar biasa, dia akan bermain pada separuh akhir.

“Jadi ia bukan bergilir-gilir kerana ia nampak seperti pemain yang menentang Bournemouth memberi masa kepada pemain yang akan menentang Spurs untuk berehat sebelum perlawanan separuh akhir.

“Perkataan yang betul adalah peluang. Bagi sesetengah pemain adalah mereka ingin bermain dan cuba mendapat tempat untuk menentang Spurs.

“Tapi sesetengah yang bermain pada Ahad lalu tidak mendapat tempat dalam pasukan ini,” kata Mourinho kepada The Independent.

Ketika diminta mengulas lanjut sama ada dia bermaksud pemain yang mempamerkan aksi mengecewakan ketika menentang West Brom tidak akan bermain menentang Tottenham, Mourinho berkata: “Yeah. Apakah kriteria untuk seorang pengurus memilih pasukan? Saya hanya tahu satu kriteria iaitu cara kamu bermain.

“Atau anda mahu saya nyatakan harga mereka, atau gaji mereka, atau ketampanan wajah mereka? Satu-satunya cara adalah prestasi.” – Eurosport/mStar Online

Tags: Jose MourinhoPiala FA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Tipu Jam Tangan, Cincin Berlian RM200,000

Next Post

Mariah Carey Disaman Bekas Pengurus

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

Next Post

Mariah Carey Disaman Bekas Pengurus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd