Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Video: Pakwe Lempang Awek...

ORANG kata kalau berkasih tu jangan sampai jadi bodoh dan menurut kata je.. Kalau...

Maszlee Mungkin Menteri Semula...

KUALA LUMPUR - “Sebaik sahaja Maszlee meninggalkan kabinet perdana menteri sedia ada, beliau...

Kertas Putih Pertahanan Hanya...

PETALING JAYA - Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein mengaku kecewa dengan kandungan Kertas...

“PH Lebih Bimbang Kos...

NAJIB Razak membidas kerajaan kerana lebih bimbangkan kos pembersihan yang terlalu tinggi daripada...

“Saya Akan Tetap Profesional Lawan Mukhriz” – Othman

JERLUN – Kerusi Parlimen Jerlun yang disebut sebagai kerusi panas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan ‘pertemuan’ dua rakan baik dalam UMNO iaitu Datuk Othman Aziz (BN) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanding atas tiket PKR selain Abd Ghani Ahmad yang mewakili PAS.

Walaupun berlaku pertembungan dengan Mukhriz, Othman berkata beliau tetap akan bersikap profesional sepanjang tempoh 11 hari berkempen dan akan cuba sedaya upaya mengelak sebarang insiden pergaduhan membabitkan beliau sendiri dan Mukhriz, yang ketika ini merupakan penyandang kerusi DUN Ayer Hitam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz berkata walaupun akan berdepan dengan sahabat-sahabat lama di Jerlun, beliau mahu agar suhu politik sepanjang berkempen berada dalam keadaan yang baik memandangkan beliau juga akan bertemu seorang lagi rakannya di DUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar.

Penamaan calon hari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan kerusi Parlimen Jerlun, DUN Kota Siputeh dan DUN Ayer Hitam. – BERNAMA

Kategori