• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Agam Aliff Syukri Siap Dilengkapi 30 Bilik

oleh
04/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEINGINAN usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memiliki rumah agam termakbul apabila banglo yang menjadi impiannya sudah siap dibina di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Diberi nama Aliff Syukri Palace, rumah berkeluasan 40,000 kaki persegi itu dilengkapi dengan 30 buah bilik termasuk surau, pawagam mini dan bilik karaoke.

Aliff berkata, impian memiliki sebuah rumah mewah bak istana muncul ketika mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.

“Ketika itu saya menerima darjah kebesaran di Istana Pahang dan saya tertarik dengan kemewahan istana dan mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah mewah berkonsepkan begitu.

“Saya sedar saya hanya orang biasa dan bermula daripada situ saya menyimpan azam dan berusaha untuk mencapai impian ini.

“Alhamdulillah akhirnya tahun 2018, impian saya ini berjaya direalisasikan dan ia adalah hasil kerja keras saya sendiri,” katanya dipetik mStar Online.

Difahamkan, mahligai dengan rekaan Royal Modern Classic itu dibina di atas empat bidang tanah lot banglo yang bernilai RM13 juta dan Aliff memperuntukkan RM11 juta bagi kos hiasan dalaman.

Pun begitu, usahawan kosmetik tersebut dikatakan enggan berkongsi kos keseluruhan pembinaan rumah agam berkenaan yang mula dirancang sejak 2015.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu niat beliau berkongsi mengenai kediaman tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk kemewahan tapi sekadar inspirasi kepada orang ramai.

“Demi Allah saya bukan nak riyak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua.

“Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk gapai impian. Harap-harap tak ada yang kecam kerana saya hanya ingin berkongsi yang baik-baik sahaja,” ujar Aliff.

Memetik beberapa sumber selain daripada mahligai berkenaan, Aliff juga memiliki kediaman di Pavilion, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Seri Aliff Syukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Salah Faham, Mereka Anak Kandung Saya”

06/05/2018
0

NAMPAKNYA kontroversi melibatkan tiga orang anak usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri seperti tiada kesudahan malah semakin menjadi kecoh. Sebelum...

Aliff Syukri Mahu Ajar Anak Hidup Susah

30/04/2018
0

MELIHAT kepada kehidupan ushawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tidak dapat dinafikan, pasti ada segelintir pihak yang berasa cemburu menyaksikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd