• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robin Van Persie Mula Bosan, Mahu Fikir Masa Depan

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROBIN Van Persie memberi gambaran untuk bersara dan mengakui dalam hal berkaitan kerjaya, beliau perlu ikhlas dengan dirinya.

Bekas pemain Manchester United yang pernah bersama pasukan itu menjulang Liga Perdana Inggeris kini mahu melalui tempoh bersama kelab Feyenoord dalam suasana gembira.

Berusia 34 tahun, kelahiran Belanda ini menyertai kelab berkenaan Januari lalu selepas memutuskan untuk meninggalkan Fenerbache yang disertainya pada 2015.

Van Persie mengimbas memori ketika menyumbang gol untuk kemenangan pasukannya dan mengakui mula terfikir untuk menamatkan kerjayanya dalam bola sepak dan memikirkan masa depan.

“Ada ketikanya kita perlu iklas dengan diri sendiri – seperti sekarang.

“Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku selama ini – saya perlu tidur pada jam 10 malam tiap hari dan mengambil makanan yang sesuai pada masa tepat,” kata Van Persie kepada penyiaran Belanda, NOS.

Tanpa berselindung Van Persie berkata, apa yang disumbangkannya dalam sukan adalah susulan daripada kepayahan yang dilaluinya.

“Ada kalanya untuk pulih seperti sedia kala mengambil masa yang lama, tidak seperti yang diharapkan hinggakan saya rasa bosan dengan keadaan yang saya lalui,” katanya.

Kelabnya mahu beliau untuk terus bermain musim depan, dan bekas pemain antarabangsa Belanda ini berkata, dia akan cuba untuk terus bertahan sehingga mencecah usia 40 tahun.

“Saya sememangnya mahu melakukannya, tetapi kita perlu ikhlas pada diri sendiri dan orang lain tentunya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Hanya masa yang menentukan masa depan kita nanti,” tambahnya. – Mirror.co.uk/mStar Online

Tags: Manchester UnitedVan Persie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd