Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Cerai Ziana Zain,...

MAHKAMAH Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh sebutan bagi...

Kes Culik: Polis masih...

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima maklumat tuntutan tebusan daripada kumpulan bersenjata yang...

Ala Israel Beku Akaun...

KELMARIN masyarakat dunia gempar apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh mengerahkan...

Pemuda UMNO Sasar 700,000...

KUALA LUMPUR –  Pemuda UMNO berazam menjadikan tahun 2015 sebagai tahun penambahan keahlian...

RM25 Juta Lagi Peruntukan Selenggara SJKT

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM25 juta lagi dana peruntukan khas bagi menyelenggara sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) diserahkan kepada 284 sekolah berkenaan hari ini.

Agihan fasa kedua peruntukan di bawah Bajet 2017 itu melibatkan 251 sekolah bantuan kerajaan dan 33 sekolah kerajaan.

“Ia turut merangkumi 10 sekolah bagi tujuan pembangunan dan menaik taraf fasiliti sukan serta 50 sekolah bagi projek Kelas Abad ke-21,” kata Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada majlis penyerahan peruntukan itu di sini.

Majlis penyerahan dana kepada wakil penyelia sekolah di 11 negeri yang terlibat turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Negeri berkenaan ialah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan Perlis.


Agihan dana berkenaan bagi fasa pertama, juga sebanyak RM25 juta, telah disempurnakan pada 25 Okt 2017.

Kini terdapat 524 SJKT merangkumi 366 sekolah bantuan kerajaan dan 158 sekolah kerajaan.

Pada sidang media kemudian, Dr Subramaniam menyuarakan hasrat melihat lebih ramai pelajar India memasuki program matrikulasi dan asasi bagi mencapai sasaran kemasukan tujuh peratus pelajar kaum itu ke institusi pengajian tinggi awam. – BERNAMA

Kategori