• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk mengubah cara berpolitik selaras dengan peranan Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang ketika ini.

Beliau berkata perubahan itu perlu agar MIC dapat memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif selari dengan lanskap politik semasa bagi memastikan parti itu terus relevan dan diterima masyarakat India di negara ini.

“MIC kini berdepan cabaran politik yang amat besar yang menuntut perubahan dilakukan untuk membolehkan kita terus diterima,” kata bekas Menteri Kesihatan itu ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas kepada Menteri Kesihatan baharu Dr. Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.

Subramaniam tewas dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Oktober depan.

Beliau membuat keputusan tersebut rentetan kekalahan teruk parti komponen BN itu dalam PRU14 yang menyaksikan parti kaum India itu hanya memenangi dua daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandingi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd