• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Thai Mula Sambut Songkran Rai Tahun Baru

oleh AK-47
13/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Mulai hari ini, rakyat Thailand merayakan ‘Songkran’ (Pesta Air) bagi menyambut kedatangan tahun Baharu Thai, manakala pihak berkuasa pula mengharapkan kempen keselamatan jalan rayanya sepanjang tempoh cuti panjang bersempena sambutan itu akan berjaya mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya.

Selalunya, jumlah kemalangan jalan raya melonjak dengan ketara sepanjang sambutan Songkran selama seminggu itu, yang juga dikenali sebagai “Tujuh Hari Maut” apabila berjuta-juta rakyat Thailand membanjiri jalan dan lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Statistik yang dikumpul agensi kerajaan menunjukkan antara 300 hingga 400 rakyat negara ini terkorban setiap tahun akibat kemalangan jalan raya, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jalan raya di Thailand adalah antara yang paling berbahaya di dunia.

Dua hari menjelang bermulanya sambutan Songkran, 99 orang telah menemui ajal dan lebih 1,000 cedera.

Sementara itu, polis dan pihak berkuasa tempatan di Bangkok meningkatkan langkah keselamatan apabila berpuluh ribu orang, termasuk pelancong asing, dijangka memenuhi jalan raya utama di bandar raya ini, mulai hari ini hingga Ahad, bagi menyambut pesta itu.

Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai semasa sambutan itu di ibu kota Thailand ini ialah Khao San Road, tempat yang menjadi pilihan utama pelancong beg galas, Silom Road dan di sekitar kawasan beli-belah Ratchaprasong.

Memandangkan kira-kira 30,000 orang dijangka menyambut pesta itu di Khao San Road, maka kira-kira 1,000 anggota polis telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Polis juga mengingatkan mereka yang menyambut Songkran supaya tidak memakai pakaian ‘terlalu mendedahkan’ dan tidak menggunakan pistol atau senapang air bertekanan tinggi, manakala mereka yang didapati menjual alat permainan itu boleh dihukum penjara atau dikenakan denda yang tinggi.

Polis Pelancong pula akan mengerahkan kira-kira 5,000 anggotanya dan sukarelawan bagi membantu pelancong semasa sambutan Songkran, kata timbalan ketuanya Mej. Jen Surachet Hakpal.

Beliau berkata lebih tiga juta rakyat Thailand dan kira-kira sejuta pelancong asing akan terlibat dengan perjalanan di negara ini sepanjang tiga hari sambutan itu, hingga Ahad ini, manakala Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand menganggarkan perbelanjaan pelancongan mencapai jumlah kira-kira 19.8 bilion Baht (kira-kira RM2.5 bilion). – BERNAMA

Tags: Songkran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Tidak Boleh Ubah Penganjuran Pesta Songkran

19/04/2019
0

IPOH – Kerajaan negeri Perak tidak boleh mengubah sewenang-wenangnya penganjuran Pesta Songkran atau Festival Air yang merupakan program tahunan masyarakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd