• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Sambut Baik Manifesto BN Johor – Khaled

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang dilancar Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendapat maklum balas baik daripada rakyat.

Rata-rata mereka menyifatkan tawaran diumum BN Johor itu mencakupi pelbagai aspek dalam memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat khususnya terhadap lima golongan sasar iaitu Orang Muda Johor (OMJ), Komuniti Felda, Orang Kelainan Upaya (OKU), Masyarakat Orang Asli, serta kaum wanita dan ibu.

Seorang usahawan muda, Darren Lai, 28, berkata bantuan RM500 kepada OMJ yang kali pertama berkahwin untuk pasangan muda yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah adalah usaha yang baik dalam meringankan beban.

“Ini dapat menggalakkan orang muda untuk berkahwin, mengurangkan kadar maksiat dan pelbagai masalah lain. Yang penting, bantuan ini sudah tentunya mengurangkan beban kepada pasangan baru untuk membina rumah tangga,” katanya kepada Bernama, di sini.

Bagi penjawat awam, Faridah Hussien, 52, pula dia berasa amat terharu dengan usaha memperjuangkan hak wanita dan ibu dengan menyediakan tapak untuk dijadikan Kompleks Wanita Tun Fatimah sebagai pusat niaga, kompleks busana, pusat kaunseling dan pembinaan kapasiti wanita Johor.

“Ini dapat membantu wanita mengembangkan perniagaan dan bakat mereka dalam pelbagai bidang. Kami amat terharu dengan usaha ini dan bersyukur kerana mengurniakan kita seorang pemimpin yang begitu prihatin terhadap pembangunan wanita,” katanya.

Pesara swasta, P.Dalakrishnan, 66, menyifatkan usaha BN yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambah baik sistem pendidikan di negeri Johor perlu disokong.

“Usaha BN untuk memperkasakan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil adalah satu usaha yang harus diberi pujian kerana dapat membantu pelajar-pelajar kaum lain di Johor.

“Pembinaan banyak sekolah di Johor menunjukkan bahawa negeri ini adalah sebuah negeri yang maju dan mengutamakan pendidikan berkualiti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Manifesto BNManifesto PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

Isu Kos Hidup Rakyat, Kestabilan Politik Teras Manifesto BN

08/11/2022
0

BAGAN DATUK : Menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat serta mewujudkan semula kestabilan politik negara adalah dua unsur utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd