• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Bomoh Gagal Tanding Sebab Ada Kes Muflis

oleh
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Ibrahim Mat Zin atau raja bomoh tidak bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 kerana diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan perkara itu berkata, ini menyebabkan bomoh terkenal tersebut tidak dapat hadir semasa proses penamaan calon di sini hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa Ibrahim tidak dapat bertanding sebab mengalami bankrap. Saya alu-alukan kedatangannya ke sini tapi dia pula kebetulan ada masalah dan itu bukan tanggungjawab kita,” katanya.

Ahmad Zahid menang kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi pada PRU ke-13 lalu berkata demikian pada sidang akhbar selepas penamaan calon di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM) berusia 68 tahun itu sebelum ini dilaporkan bakal menentang Ahmad Zahid kerana ada ramai kenalan ramai terutama murid silatnya yang meminta beliau bertanding.

Ibrahim turut berjanji menyerahkan kesemua gaji bulanannya sebagai Anggota Parlimen bagi membantu penduduk di kawasan Bagan Datuk sekiranya memenangi kerusi tersebut pada PRU itu nanti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ibrahim Mat ZinRaja Bomoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebutan Kes ‘Raja Bomoh’ Ditangguh 2 Bulan

23/02/2022
0

IPOH : Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, membenarkan sebutan kes lelaki digelar 'Raja Bomoh' atau nama sebenar Ibrahim...

Raja Bomoh Akan Didakwa Di Mahkamah Syariah Hari Ini

07/01/2022
0

IPOH - Individu bergelar Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini pada Jumaat. Tuduhan ke atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd