• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Bahrin, Noryn Aziz Jalani Proses Sulh

oleh Haris
05/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mengesahkan bahawa beliau dan isterinya, penyanyi Noryn Aziz kini sedang melalui proses ‘Sulh’ di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

Proses berkenaan adalah satu prosiding mahkamah yang biasanya dilakukan oleh pasangan suami isteri yang berselisih dalam isu rumah tangga untuk mencapai perdamaian.

Sebelum ini, kehadiran pasangan itu ke mahkamah syariah mengundang pelbagai spekulasi berkenaan status perkahwinan mereka yang menyebabkan beliau tiba-tiba bersuara.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan olehnya semalam itu, Raja Bahrin berkata beliau pada mulanya tidak berhajat untuk membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan, namun terpaksa berbuat demikian bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan pelbagai spekulasi dan andaian.

“Setelah saya mempertimbangkan sedalam-dalamnya dan berikhtiar cuba menyelesaikan situasi rumah tangga kami, saya telah mengambil keputusan mengemukakan kes perkahwinan kami kepada Mahkamah Syariah.

“Saya telah memilih untuk merakamkan pendirian tertentu saya dalam situasi yang kami hadapi dan membawa isu berkenaan ke mahkamah syariah untuk sesi majlis sulh. Kes ini telah berada di peringkat sulh yang baru selesai diadakan sesi pertamanya.

“Saya berpendapat inilah jalan terbaik yang perlu diambil bagi cuba mengatasi isu rumah tangga kami dengan cara yang setertib mungkin,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, beliau mendoakan agar penyelesaian secara baik dapat dicapai dalam isu rumah tangga yang dihadapi oleh mereka serta memohon semua pihak menghormati privasi mereka.

“Saya dengan rendah diri memohon semua pihak menghormati ‘privacy‘ kami dalam masa kami menghadapi situasi serta suasana semasa kes kami berada di mahkamah syariah. Semoga satu penyelesaian secara terbaik boleh dicapai,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Raja Bahrin turut mengucapkan pengharagaan dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat akan dia dan isterinya serta anaknya yang masih kecil.

Pada Mac lalu, Noryn menafikan spekulasi beberapa pihak yang mendakwa dia sudah berpisah dengan suaminya dan menganggap desas-desus yang berbangkit disebabkan dia kembali aktif menyanyi setelah sekian lama menyepi.

“Kemungkinan ada berbuat dakwaan itu kerana mereka lihat saya kembali aktif. Tidak dinafikan ada artis sudah berpisah dengan suami membuat kemunculan semula menyebabkan mereka turut anggap saya juga begitu.

“Saya kembali aktif menyanyi kerana ia minat saya sejak dulu. Apabila sudah lama tidak menyanyi saya rasa rindu,” katanya dipetik Harian Metro ketika itu.

Raja Bahrin dan Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd Aziz diijab kabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia 4 tahun. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Mahkamah Syariahnoryn azizRaja Bahrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan agar Mahkamah Syariah di seluruh negara melaksanakan prosiding sebutan kes secara...

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

Kelantan Gubal RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah Baharu

04/06/2024
1

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd