Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Madius Simpan Impian Besar...

TUARAN - Tatkala berjam-jam menyusuri denai, lurah dan lembah dari Kampung Lokos di...

Proton Pertaruh Tiga Model...

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd, yang menyambut ulang tahun ke 30 hari...

Curi, Jual Barang Kemas...

SEORANG pelajar didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka semalam selepas disabit kesalahan curi...

Samun Pusat Urut, 2...

KUALA LUMPUR - Meringkuk di dalam penjara selama 40 bulan. Itu balasan buat...

Rafizi Dakwa Calon PKR Rantau Sengaja Dihalang

SEREMBAN – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S.Streram, sengaja dihalang daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-(PRU14), 9 Mei ini.

Bekas anggota Parlimen Pandan itu mendakwa kemenangan yang diraih Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, bukan merupakan mandat yang diberikan rakyat, sebaliknya merampas hak Dr Streram daripada bertanding.

Beliau juga mendakwa bahawa pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri telah pun memberikan arahan supaya pegawai pengurus pilihan raya di pusat penamaan calon membenarkan Streram memasuki pusat berkenaan walaupun calon itu tidak mempunyai pas perakuan SPR.

“Dia dah bayar deposit pun dan saya dapat panggilan daripada (Pengerusi PKR negeri) Aminuddin (Harun) bahawa Streram tidak dibenarkan masuk kerana tiada pas. Sampai pukul 9.45 pagi, Streram masih tidak dibenarkan masuk dan saya minta dia rempuh saja (sekatan polis),” katanya dalam ucapan di Ampangan di sini, malam ini.

Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Sabtu lepas, Mohamad yang juga penyandang DUN Rantau selama tiga penggal sejak 2004, diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon tersebut. – BERNAMA

Kategori