• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raffi Bawa Tuah, Zizan Terima Banyak Tawaran Luar

oleh
10/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG demi seorang selebriti tanah air mula kembang bakat ke luar negara. Perlahan demi perlahan, kini bakat pelakon dan pelawak Zizan Razak sudah semakin bersinar di negara jiran.

Selepas menerima tawaran daripada aktor negara seberang, Raffi Ahmad, Zizan pula sekarang sedang ‘diburu’ oleh banyak syarikat produksi dari Indonesia.

“Dapat tawaran daripada seorang bintang terkenal seperti Raffi Ahmad pun sudah cukup mengujakan dan tidak pernah terlintas pula akan dapat peluang lain,” katanya dipetik mStar Online.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 34, dia sudah mulai menerima tawaran daripada syarikat produksi lain sejak sedang dalam proses penggambaran filem dibawah terbitan syarikat milik Raffi.

“Alhamdulillah ada beberapa projek ditawarkan kepada saya termasuk daripada Raffi sendiri yang ingin saya muncul dalam filem seterusnya selepas ini,” tambahnya.

Siapa sangka, dalam ramai artis di Malaysia, Zizan merupakan antara yang bertuah menerima kiriman mesej peribadi (DM) daripada Raffi di Instagram miliknya bagi menawarkan projek lakonan kepadanya.

Beberapa lama selepas mereka saling berbalas mesej serta berbual  menerusi telefon, dia mengambil keputusan untuk terbang ke Jakarta, Indonesia bertujuan untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang tawaran diberikan.

“Mulanya saya terkejut juga sebab Raffi yang mempunyai nama besar DM saya dan memperkenalkan dirinya walaupun saya ‘follow’ akaun Instagramnya.

“Selepas perbincangan dibuat saya bersetuju memegang watak utama dalam filem itu dan sudah pun selesai menjalani penggambaran pada bulan lalu,” ujarnya lagi.

Zizan bakal bergandingan bersana dengan Raffi, Cut Meyriska dan Marsha Aruan bagi filem berkenaan teapi masih masih belum diberi tajuk lagi sehingga kini.

Sebab utama mengapa pelakon kelahiran Kuala Terengganu itu menerima tawaran berkenaan ialah kerana konsep serta jalan ceritanya yang agak menarik selepas melihat bahawa itu merupakan peluang terbesar buatnya untuk menempa nama di negara jiran.

“Memang menjadi impian saya untuk mengembangkan karier lakonan di Indonesia dan Alhamdulillah Raffi membuka jalan untuk saya dan tidak sangka ada beberapa tawaran lain pula.

“Mungkin penonton di Indonesia tidak mengenali saya tetapi ini mungkin dapat menjadi jambatan bagi saya memperkenalkan diri,” kata Zizan yang telah memenangu kategori Artis Lawak MeleTOP ketika Anugerah MeleTOP ERA 2018 pada Ahad lalu.

Dalam masa yang sama, bagi mengubati kerinduan peminat setia kumpulan Jozan, Zizan dan Johan bakal kembali bergabung dalam sebuah program yang agak besar tidak lama lagi.

Selepas beberapa tahun menyepi, program berkenaan kemungkinan bakal membangkitkan semual aura Jozan sebagai pasangan duo kegemaran ramai.

“Insya-Allah, kami akan kembali bergabung untuk sebuah program yang sangat besar di Astro dan ia dapat melonjakkan kembali nama Jozan.

“Peminat pun sering bertanya bila hendak kembali bersatu dan nampaknya dengan kemunculan program itu nanti akan merialisasikan impian tersebut,” ujarnya lagi.

Agak-agak selepas ini siapa pula selebriti tanah air kita yaang bakal membawa nama baik Malaysia ke negara lain… Mudah-mudahan semua perancangan akan berjalan dengan sebaiknya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenRaffi AhmadZizan Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd