• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puad Jawab Alasan TPM Tidak Dicalon Bertanding

oleh
25/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK sampai 24 jam namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr. Puad Zarkashi tampil menjawab kepimpinan parti.

Hari ini menerusi satu kenyataan kepada Mynewshub, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu turut meluahkan perasaan kesal terhadap komen diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) antara lain meragui ulasan Timbalan Pengerusi BN itu kononnya bahagian diketuai beliau selama ini adalah semakin parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan.

Sebaliknya bekas ahli Parlimen Batu Pahat mendakwa bahagian tersebut antara yang paling tinggi keahlian dan pemilih baharu di Johor.

“Justeru saya mempertikaikan kredibiliti metodologi penilaian yang beliau (Ahmad Zahid) gunakan. Sedangkan khidmat wakil rakyat PKR yang teruk menjadikan BN semakin popular,” jelas Puad menerusi kenyataan tersebut.

Beliau seterusnya menjawab alasan konon BN perlu letak calon lain untuk memastikan kemenangan dan ingin bertanya kepada Ahmad Zahid, apakah dengan letak calon kontroversi isu moral peribadi boleh jamin kemenangan?

Baca: “Usah Marah Jika Tak Dipilih, Ramai Lagi Tak Tercalon”

Malah Puad mempersoalkan apakah dengan letak calon yang selama lima tahun tidak bantu bahagian dalam ‘jaga’ parti, memulaukan persidangan perwakilan tahunan selama lima tahun berturut turut dan lain-lain adalah wajar?

“Di mana hebatnya kaedah penilaian beliau? Ini bukan soal merajuk. Ini soal kenapa dibiarkan satu kaedah yang boleh menjadi precedent (rujukan) buruk pada masa hadapan digunakan?” soal Puad lagi kepada Ahmad Zahid.

Beliau kemudian menutup kenyataan itu dengan memberi peringatan bahawa jangan dijadikan isu pemilihan calon pilihan raya sebagai agenda persiapan pihak tertentu untuk menghadapi pemilihan parti kerana ia buruk padahnya.

Semalan Pengerusi BN, Johor, Datuk Seri Khaled Nordin ketika mengumumkan senarai calon parti pada PRU ke-14 di negeri itu menamakan Ketua Wanita UMNO di bahagian itu, Haliza Abdullah sebagai calon kerusi Batu Pahat.-Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Puad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

28/01/2023
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd