• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Tarikh Penamaan 28 April, Pengundian 9 Mei

oleh
11/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Malaysia bakal menyaksikan ‘pesta demokrasi’ terbesar apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei depan (Rabu).

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas bermula pukul 10 pagi di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April (Sabtu), manakala tarikh proses pengundian awal melibatkan 300,225 anggota tentera, polis dan pasangan mereka pula berlangsung pada 5 Mei (Sabtu) depan.

Seramai 14,940,624 pemilih yang diwartakan pada daftar Suku Keempat 2017 bakal digunakan dalam PRU-14 serta melibatkan 8,989 premis tempat pengundian dan 28,995 saluran pengundian dengan kos keseluruhan RM500 juta.

Mesyuarat yang menjadi tumpuan debaran warga Malaysia berlangsung kira-kira dua jam itu turut dihadiri oleh Timbalannya, Tan Sri Othman Mahmood serta Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dan lima anggota SPR.

Ia membincangkan tarikh notis writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian serta daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain diperlukan bagi melaksanakan PRU ke-14 tersebut.

Dalam pada itu, pihak media tempatan dan asing dilaporkan mula berkumpul di Menara SPR; yang baru berpindah ke Presint 2 tersebut, sejak jam 8 pagi lagi bagi membuat persediaan liputan sidang media khas berkenaan.

Kawalan keselamatan di perkarangan ibu pejabat SPR turut diperketatkan dengan penghadang besi diletakkan di sekeliling bangunan. Sepasukan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut kelihatan mengawal bangunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat minggu lepas mengumumkan pembubaran rasmi Dewan Rakyat yang berkuat kuasa pada 7 April bagi memberi laluan kepada PRU ke-14. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRSuruhanjaya Pilihan RayaTan Sri Mohd Hashim Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd