• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUPP Sudah Sedia Rampas Balik 6 Kerusi Parlimen

oleh AK-47
07/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini berada di tahap terbaik untuk merampas kembali enam kerusi Parlimen yang pernah tewas sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya, Datuk Dr Sim Ku Hian berkata amat penting bagi Barisan Nasional (BN) Sarawak mencapai kemenangan besar pada PRU14 bagi memperkukuhkan perjuangan negeri itu menuntut hak-haknya yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sebelum ini, pada PRU13, BN Sarawak telah kalah enam kerusi daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di mana kesemua kerusi yang kalah itu adalah dimiliki SUPP.

Parlimen Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Sibu dan Lanang tewas kepada DAP manakala, Parlimen Miri tewas kepada PKR.

Bagaimanapun, hanya satu kerusi SUPP sahaja yang menang iaitu Parlimen Serian yang dimenangi Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang juga Menteri Sumber Manusia

Dr Sim berkata berdasarkan sokongan dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan penduduk Cina di negeri itu, beliau yakin BN mampu merampas semula enam kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU13.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran seminar awam ‘Inisiatif Satu Jajaran Satu Laluan (OBOR): Cabaran dan Peluang Sarawak” oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP di sini, hari ini.

Justeru, beliau meminta pengundi kaum Cina supaya mengubah mentaliti kononnya mereka patut mengundi BN untuk berkuasa di peringkat negeri dan pembangkang di peringkat persekutuan.

Susulan kekalahan teruk pada PRU13 pada 2013, SUPP berdepan krisis dalaman sehingga beberapa pemimpinnya keluar parti lalu menubuhkan parti serpihan, Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Bagaimanapun, bulan lepas, kedua-dua parti itu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam menghadapi PRU14.

Di samping itu, kedua-dua parti itu bersetuju untuk menerokai dan mengambil langkah ke arah penyatuan untuk menjadi satu entiti politik yang lebih besar demi kepentingan masyarakat Cina dan komuniti lain di bawah semangat BN. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Sim Ku HianPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gerakan Yakin BN Pertahan Parlimen Teluk Intan

Next Post

Pengundian PRU14 Diramal Pada 1 Mei?

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

Pengundian PRU14 Diramal Pada 1 Mei?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd