• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: PPBM Perak Tanding 8 Kerusi Parlimen, 15 DUN

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak akan bertanding lapan kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak dengan menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu mengumumkan senarai calon dalam satu kenyataan yang ringkas, tanpa memanggil sidang media hari ini.

Ahmad Faizal akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun menentang calon Barisan Nasional (BN) dan juga penyandang kerusi itu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Muhammad Zulkifli Mohd Zakaria (PAS).

Selain itu, Ahmad Faizal juga akan bertanding di kerusi DUN Chenderiang menentang calon muka baharu BN, Chong Shin Heng dan Nordin Hassan (PAS).

Selain itu, bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Komander (B) Nordin Ahmad Ismail akan bertanding di kerusi DUN Pangkor dan akan menentang calon BN, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan calon PAS, Zainal Abidin Saad.

Selain itu, PPBM Perak juga menampilkan seorang calon wanita tunggal iaitu Noor Hasnida Mohd Hashim bagi kerusi DUN Kota Tampan.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Faizal berkata PPBM telah mengadakan persetujuan dengan PKR untuk menggunakan simbolnya dalam PRU14.

Semalam, lima cabang PKR Perak iaitu Gerik, Lenggong, Kuala Kangsar, Tapah dan Pari telah menyuarakan bantahan dan tidak akan memberi sokongan kepada calon PPBM yang akan bertanding dalam PRU14.

Bantahan itu berikutan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH) menyebabkan ‘hak’ PKR dirampas apabila kerusi yang sepatutnya ditandingi terpaksa dikorban dan diserahkan kepada PPBM, yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad. – BERNAMA

Tags: PPBMPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4,000 Pengusaha Terima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

Next Post

Pairin Akur Rayuan Akar Umbi Bertanding PRU14

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Next Post

Pairin Akur Rayuan Akar Umbi Bertanding PRU14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd