• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,000 Pengusaha Terima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia kepada 4,000 pengusaha teksi di negeri ini adalah usaha berterusan kerajaan bagi memastikan nasib golongan itu tidak terabai.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan sentiasa mendengar pandangan pemandu teksi dan berusaha mencari jalan terbaik agar kebajikan mereka dan pengguna pengangkutan awam di negeri ini terpelihara.

“Kad Bantuan Teksi 1Malaysia ini adalah antara usaha kerajaan untuk menghargai peranan pemandu teksi sebagai penyedia perkhidmatan dalam sistem pengangkutan awam darat.

“Penggunaan kad ini dapat mengurangkan kos operasi harian dan meningkatkan lagi pendapatan pemandu teksi,” katanya pada majlis penyerahan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia peringkat negeri di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Musa berkata untuk rekod, beberapa inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam membantu pemandu teksi termasuk menerusi bajet pada tahun ini membabitkan Perkhidmatan E-Hailing iaitu pemandu teksi berdaftar diberikan geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 untuk membeli kereta baharu.

Katanya kerajaan turut menyediakan geran khas sebanyak RM60 juta untuk pemandu teksi yang tidak mempunyai perlindungan insuran bagi memulakan pelaksanaan Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Dalam pada itu, Aliasim Mahalan, 53, Setiausaha Persatuan Teksi Bumiputera Sandakan berkata bantuan itu sangat bermakna kerana dapat meringankan beban mereka sebagai pemandu teksi khususnya di daerah itu.

Beliau yang telah menjadi pemandu sejak 18 tahun lalu bersyukur kerana atas inisiatif kerajaan itu membuktikan pemandu teksi tidak dipinggirkan serta menyifatkan bantuan ini dapat menambah pendapatan mereka selain meringankan kos operasi.

Alibasah Nusul, 58, turut melahirkan rasa gembira dan lega kerana nilai RM800 dalam kad itu amat besar nilai buat dirinya.

Katanya bantuan itu membuktikan kerajaan sentiasa mencari pendekatan terbaik dalam usaha membela nasib golongan pemandu teksi. – BERNAMA

Tags: Kad Bantuan Teksi 1Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd