• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pairin Akur Rayuan Akar Umbi Bertanding PRU14

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata beliau akur kepada rayuan akar umbi dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) serta kabinet negeri untuk bertanding semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun telah mengumumkan hasrat untuk bersara daripada politik dua tahun lepas.

Katanya, beliau bersetuju untuk bertanding, bukan sahaja sebagai memenuhi rayuan, tetapi percaya beliau masih mampu untuk menyumbang kepada rakyat dan negara.

“Saya menerima rayuan ini dan membuat keputusan untuk sekali lagi bertanding dalam satu kawasan iaitu DUN (Dewan Undangan Negeri) Tambunan.

“Bagi kawasan Parlimen Keningau, kami (BN) telah bersetuju untuk memberi ruang kepada orang muda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto tambahan PBS-BN di sini hari ini.

Pairin, 77, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, telah diumumkan mempertahankan kerusi DUN Tambunan, yang disandangnya sejak 1976, dan melepaskan kerusi Parlimen Keningau, yang disandangnya sejak 1985, kepada Naib Presiden PBS Datuk Daniel Kinsik.

Ketika diminta oleh pemberita untuk mengulas perebutan kerusi DUN Tambunan itu dengan adiknya Presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pairin berkata beliau tidak tahu siapa yang ditentangnya pada PRU14 nanti, tetapi beliau bertanding bagi pihak rakyat dan parti.

“Jadi, terpulanglah kepada rakyat (untuk memilihnya atau tidak). Mudah-mudahan rakyat memberi sokongan (kepada Pairin),” katanya.

Semalam, Jeffrey diumumkan bertanding untuk kerusi DUN Tambunan dan juga kerusi Parlimen Keningau atas tiket Star pada PRU14 ini. – BERNAMA

Tags: PRU14Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd