• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Manifesto Ditawar MIC Diakui Realistik

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Manifesto MIC bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) khusus untuk mentransformasikan masyarakat India di negara ini diperakui amat realistik dan mampu dilaksanakan secara berkesan dalam tempoh lima hingga 10 tahun.

Naib presidennya, Datuk T. Mohan yakin segala tawaran dan inisiatif dalam manifesto itu menjadi pelengkap kepada manifesto induk Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 7 April lalu.

Aku janji dalam manifesto itu mampu dicapai sepenuhnya sejajar dengan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB), katanya kepada pemberita selepas pelancaran manifesto tersebut oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramanian, di sini hari ini.

Manifesto MIC, julung kali dilancarkan untuk pilihan raya umum, menggariskan empat tonggak utama dengan 22 inisiatif yang holistik mencakupi semua aspek kehidupan masyarakat India.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan berkata manifesto pertama khusus untuk kaum India itu menumpukan kepada usaha-usaha membasmi kemiskinan dengan mengkaji isu-isu teras yang dihadapi oleh komuniti itu.

“Sebelum ini, aku janji untuk kaum India adalah secara umum di bawah Manifesto Barisan Nasional (BN) tetapi kali ini, pendekatannya adalah secara holistik yang menumpukan kepada perkara penting bagi masyarakat India antara lain, meningkatkan sosioekonomi,” katanya.

Saravanan, yang juga Ahli Parlimen Tapah dan timbalan menteri belia dan sukan, berharap usaha yang digariskan dalam manifesto itu dapat membuahkan hasil dan mentransformasikan kehidupan masyarakat kaum India di negara ini.

Dalam pada itu, bekas Ketua Puteri MIC dan kini Ketua Wanita MIC Bahagian Titiwangsa, J. Usha Nandhini, berkata melalui manifesto itu, parti itu telah mengambil kiri semua masalah yang yang dihadapi oleh golongan isu rumah berpendapatan rendah (B40).

“Saya yakin manifesto ini benar-benar melihat masalah sebenar masyarakat India dan ia akan memberi manfaat secara menyeluruh kepada komuniti itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk T.Mohan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nasib 3 Pemain Ditentukan Selepas Selesai Siasatan

06/04/2017
0

NILAI - Nasib tiga pemain pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (Misc-MIFA) akan ditentukan selepas Suruhanjaya...

MIFA Tidak Maafkan Pemain Atur Perlawanan

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) tidak memaafkan amalan mengatur keputusan perlawanan oleh sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd