• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib 3 Pemain Ditentukan Selepas Selesai Siasatan

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Nasib tiga pemain pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (Misc-MIFA) akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.

Presiden Misc-MIFA, Datuk T. Mohan berkata ketiga-tiga pemain berkenaan iaitu dua pemain tempatan dan seorang pemain import direman sehingga 12 April ini kerana disyaki menerima rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.

“Buat masa ini biar SPRM melakukan siasatan… sebarang keputusan (mengenai status pemain) hanya akan diputuskan selepas SPRM membuat keputusan sama ada mereka terlibat atau tidak.

“Biasanya kalau terlibat kita akan buang dan akan merujuk kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Saya tidak akan berkompromi dengan isu sebegini dan ia telah saya maklumkan kepada pasukan dan pemain awal-awal lagi,” katanya dalam sidang media di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Mohan berkata SPRM menahan mereka untuk siasatan susulan laporan dibuat Misc-MIFA kepada suruhanjaya itu pada Jumaat lepas.

“Jawatankuasa Integriti bebas telah ditubuhkan sebelum ini untuk kita pantau kesemuanya. Kita telah buat laporan mereka yang terlibat ini dan apabila lengkap kesemua buktinya kita serah kepada SPRM, ” katanya.

Hari ini media melaporkan tiga pemain pasukan Misc-MIFA ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah sebagai habuan untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

Mereka dikatakan menerima rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie atau dalang yang mengatur keputusan perlawanan.

Ditanya sama ada penahanan tiga pemain itu akan menjejaskan prestasi pasukan yang akan bertemu PKNP FC dalam saingan Liga Perdana esok, Mohan berkata ia tidak akan memberi kesan terhadap fokus pasukan.

“Kita kena berikan semangat dan motivasi kepada pemain lain. Saya percaya yang lakukan perbuatan begini bukan semua tapi segelintir, jadi jangan anggap ia dilakukan pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan isu gaji yang rendah mungkin menjadi faktor kepada perlakuan berkenaan.

“Tak ada masalah isu bayar gaji kerana pembayaran gaji dilakukan tepat pada masanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk T.MohanMISC-MIFASPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd