• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Cuti Bomba Dibekukan Mulai Sabtu Ini

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Soiman Jahid berkata cuti semua pegawai dan anggota bomba di seluruh negara dibekukan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata arahan itu bermula pada Sabtu ini (21 April) sehingga 17 Mei dan kesemua anggota dan pegawai berkenaan dikehendaki bertugas di kawasan masing-masing.

“Selain dibekukan cuti, semua anggota dan pegawai juga tidak dibenarkan ke luar negara kecuali keadaan kritikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keselamatan kepada agensi yang berkaitan dengan keselamatan dan kebombaan di sini, hari ini.

Soiman berkata pada pilihan raya ini, kira-kira 12,000 anggota dan pegawai bomba yang bertugas di luar dari tempat mengundi akan mengundi secara pos.

Pada masa sama, beliau berkata untuk memastikan kelancaran proses PRU14, pihaknya telah membuat pemeriksaan keselamatan di semua premis yang akan digunakan semasa pilihan raya nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai seminar itu, beliau berkata ia bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pihak industri yang berkait rapat dengan kebombaan, khususnya berkaitan dengan pengurusan bencana.

“Dalam seminar ini kita juga menerangkan mengenai bentuk kerjasama yang perlu dilaksanakan oleh pihak industri berkenaan dengan bomba. Sebanyak lima kertas kerja akan dibentangkan sepanjang seminar ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Soiman JahidPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd