• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: ‘Amanat Bapa’ Jadi Pegangan Warga Emas

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – ‘Amanat bapa’ yang menasihati Tee Kah Yak untuk terus memilih Barisan Nasional (BN), tetap kuat menjadi pegangannya sehingga ke hari ini.

Mengimbau kembali amanat bapanya itu suatu ketika dahulu, Tee, 77, berkata bapanya berpesan: “Mesti pilih dacing, hanya dacing boleh jaga negara…negara tak gaduh, kita boleh cari makan.

“Sejak dari kecil lagi, mendiang bapa saya sering memberitahu betapa bertuahnya (kita) berada di bumi Malaysia di bawah pimpinan BN, kerana rakyat senang mencari rezeki. Mereka (BN) kerja banyak kuat dan selalu turun kawasan tengok rakyat.

“Daripada dulu lagi saya memang berpuas hati dengan (prestasi) BN,” katanya kepada Bernama di sini.

Oleh kerana amat berpuas hati dengan khidmat dan prestasi yang dipamerkan BN, warga emas itu sanggup menjadi sukarelawan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk membantu apa sahaja gerak kerja parti bagi memastikan kemenangannya.

“Saya akan tolong BN. Pagi, petang, siang dan malam, tolong gerak kerja BN untuk pastikan kemenangan. Kalau mereka nak saya bancuh air, pun saya akan buat,” katanya.

Tee yang mengusahakan kedai kopi di Pedas, Rembau, telah tinggal lebih 37 tahun di kawasan itu bersama isterinya yang berusia 68 tahun dan seorang anak lelaki.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan K. Kalaselvan , 59, berkata beliau juga akan bersama-sama turun membantu berkempen untuk memastikan BN pada PRU14.

Katanya, sepanjang 40 tahun tinggal di Rembau, beliau menyaksikan sendiri saban hari dan tahun pembangunan yang dilakukan kerajaan, malah menyifatkan BN sebagai kerajaan yang prihatin.

“Di sini semua ada yang dilakukan kerajaan…ada RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) dan tidak lama lagi kita akan ada sebuah kompleks sukan, hospital dan bermacam-macam lagi.

“Selain kemudahan yang disediakan, saya juga amat suka tinggal di sini kerana masyarakat di sini sangat mementingkan semangat kejiranan dan perpaduan,” kata bapa kepada lima orang anak berusia 15 hingga 27 tahun itu.

Pada PRU13 yang lepas, kerusi Parlimen Rembau dimenangi Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau menewaskan calon PKR Radzali A.Ghani dan calon bebas, Abdul Aziz Hassan, dengan majoriti 18,357. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Mahu Hasil, Bukan Politik Bising’ – Mohd Fared

‘Rakyat Johor Mahu Hasil, Bukan Politik Bising’ – Mohd Fared

29/06/2026
0

BATU PAHAT - Barisan Nasional (BN) berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan rekod pentadbiran yang boleh dinilai serta...

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd