• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU Rezeki Berganda Pengusaha Sistem Siar Raya

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pilihan raya umum ke-14 memberi peluang kepada pengusaha perkhidmatan sistem siar raya untuk menggandakan pendapatan mereka berikutan perkhidmatan itu mendapat permintaan tinggi terutamanya daripada parti-parti politik.

Seorang pengusaha perkhidmatan tersebut dari Jeli, Khairul Annuar Mustapha, 41, berkata sejak awal tahun ini perkhidmatan tersebut yang diusahakannya sejak 10 tahun lalu, semakin mendapat banyak permintaan daripada penganjur program.

“Penganjur menggunakan perkhidmatan sistem siar raya ini untuk acara politik sama ada program ceramah, program perjumpaan parti mahupun program penyampaian bantuan kepada rakyat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Khairul Annuar berkata dalam sehari beliau mendapat tempahan untuk memasang sistem siar raya tersebut untuk tiga atau empat program.

“Berbanding hari kebiasaan untuk memperoleh satu tempahan sehari pun susah, kadang-kadang seminggu hanya satu tempahan,” katanya.

Seorang lagi pengusaha perkhidmatan tersebut Nor Amalina Alias, 30, dari Bachok, berkata PRU14 memberikan pendapatan lumayan kepada beliau dan suaminya yang telah mengusahakan perkhidmatan tersebut sejak lima tahun lalu.

“Sebelum ini permintaan tinggi hanya pada musim cuti persekolahan berikutan masyarakat akan mengadakan majlis perkahwinan dan ia dalam tempoh seminggu sahaja.

“Permintaan pada musim PRU ini semakin meningkat selepas Parlimen dibubarkan (7 April), kami dapat tugasan siang dan malam,” katanya.

“Mungkin dengan permintaan ini, kami boleh mengumpul modal untuk memperbesarkan lagi perniagaan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd