• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-14: LKS Marah DAP Terpaksa Berlogo PKR

oleh
06/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERANG… Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan marah apabila logo ‘legenda’ parti itu yang sudah berusia 50 tahun, tidak akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.

Beliau malahan kecewa dengan keputusan untuk menggunakan lambang bersama Pakatan Harapan (PH) yang belum lagi didaftarkan sah, berbanding lambang roket parti itu yang sudah lama digunakan sejak 50 tahun lalu.

Bagaimanapun ‘otai’ DAP tersebut tetap mengenepikan ‘kepahitan’ itu demi komponen PH supaya dapat bersatu untuk mencabar parti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO yang bersatu dengan lambang dacing.

“Bukan sahaja ada ahli DAP marah keputusan itu, malah saya marah tetapi demi kepentingan bersama untuk PRU, kita akan ikut logo apa akan diumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini di Pasir Gudang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadiri program DAP Stulang, di Johor Bahru hari ini. Untuk rekod, PH bukan badan berdaftar bahkan lambang parti itu tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pada program anjuran parti tersebut, Kit Siang turut mengumumkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng terus dikekalkan sekali lagi sebagai calon DAP dalam PRU-14 kali ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan persetujuan untuk menggunakan satu lambang yang disepakati semua komponen parti dalam PH pada PRU-14 dengan logo PKR akan digunakan di Semenanjung.

Sementara logo DAP pula tetap digunakan untuk mewakili calon PH di Sabah dan Sarawak. Keputusan terbabit diambil selepas kegagalan PH didaftarkan sebagai blok politik formal untuk bertanding dalam PRU itu nanti.

Dalam pada itu Kit Siang berkata bahawa tidak mustahil pakatan itu memenangi PRU-14, namun ia bukan sesuatu yang mudah selain berdepan pelbagai cabaran termasuk ditolak pengundi dan masalah dalaman parti agak kritikal.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub dalam ucapannya berkata, pihaknya tetap memastikan peruntukan kerusi Parlimen dan DUN kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ia dibuat walaupun parti serpihan UMNO itu dibubarkan sementara oleh ROS kerana gagal didapati gagal mengikut perlembagaannya sendiri termasuk mengadakan persidangan agung tahunan tanpa mesyuarat peringkat bawahan.

“Kita sudah bersiap sedia untuk PRU, semua calon kita juga sudah bersedia menghadapi lawan mereka. Kita sudah bersedia untuk ke Putrajaya,” kata bekas pemimpin PAS berasal dari Johor tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiburan…

Tags: DAPLim Kit SiangPilihan Raya UmumPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd