• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: DUN Kelantan Dibubarkan Hari Ini – MB

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubar hari ini serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pembubaran DUN Kelantan itu telah diperkenankan oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra selepas beliau menghadap baginda di ibu negara malam tadi.

“Saya bersama Timbalan Menteri Besar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah menghadap malam tadi, Yang Maha Mulia Pemangku Raja telah mengampuni perkenan pada hari ini, 7 April (2018) untuk membubarkan DUN penggal ke-13.

“DUN Kelantan dibubarkan selaras dengan Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR10 di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini dan meminta kerajaan negeri, kecuali Sarawak, turut membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan PRU14 dilakukan secara serentak.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Pemangku Raja Kelantan turut bertitah agar PRU14 dijalankan dalam keadaan terbaik dan tidak bersandarkan emosi semata-mata.

Beliau turut menyeru agar rakyat sama ada yang tinggal di dalam mahupun di luar negeri untuk pulang mengundi pada tarikh yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak. – BERNAMA

Tags: Bubar Dun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Tegaskan Masih Menteri Besar Negeri Sembilan, Tiada Keperluan Bubar DUN

Aminuddin Tegaskan Masih Menteri Besar Negeri Sembilan, Tiada Keperluan Bubar DUN

27/04/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan akan meneruskan tugas dan tanggungjawab seperti biasa. Menurut Aminuddin,...

Pulau Pinang, 5 Negeri Sepakat Bubar DUN Jun, Ini Reaksi Setiausaha Agung DAP

Pulau Pinang, 5 Negeri Sepakat Bubar DUN Jun, Ini Reaksi Setiausaha Agung DAP

23/02/2023
0

PELABUHAN KLANG : Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam mengumumkan Selangor bersama lima negeri lain, termasuk tiga di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd