• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Proton Wira Jadi ‘Pilihan’ Penjenayah?

oleh Haris
04/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUATU masa dahulu, kereta Proton Wira merupakan model kereta yang paling banyak dilihat menyelusuri jalan raya di negara kita. Di mana sahaja kita menoleh, pasti terlihat sebuah Proton Wira yang berada berdekatan dengan lokasi semasa.

Kini, dengan kehadiran pelbagai jenama kereta baharu di pasaran, Proton Wira sudah jarang dianggap tidak begitu bernilai jika dijual semula sebagai kereta terpakai.

Namun, perkara yang sebenarnya mengejutkan ramai pihak adalah kereta model ini sebenarnya menjadi ‘barang panas’ dalam kalangan pencuri.

Menurut laporan eksklusif The Star Online, pada tahun lalu, statistik menunjukkan Proton Wira merupakan model kereta yang paling banyak dicuri dan menduduki tangga pertama dalam carta senarai kereta yang dicuri.

Dalam statistik itu, sebanyak 654 buah kereta Proton Wira dilaporkan telah dicuri lebih dari kenderaan lain yang terdapat dalam senarai berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Mark Lim berkata, model kereta berkenaan menjadi pilihan pencuri disebabkan oleh nilai barang gantian yang terdapat pada kereta itu.

“Kami percaya kenderaan yang dicuri itu telah dipotong dan bahagian pada kereta tersebut dijual kerana pengeluaran alat gantian kereta model ini telah dihentikan dan alat gantiannya sukar diperoleh di pasaran,” katanya kepada akhbar Bahasa Inggeris tersebut.

Bagi salah seorang peniaga alat ganti Proton di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur berkata, barang gantian Proton Wira kini sukar dicari setelah ia dihentikan pengeluarannya di kilang.

Sumber Foto : The Star

Antara barang gantian model kereta berkenaan yang hangat di pasaran termasuklah papan pemuka, panel instrumen, panel kawalan, kusyen, speedometer, tuil tangan, stereng dan lain-lain barang gantian yang lebih kecil di dalam kereta itu.

Disebabkan kesukaran mencari alat gantian ini, salah satu pilihan yang boleh dilakukan adalah dengan mencari barang-barang ini di bengkel-bengkel potong kereta.

Proton Wira dihasilkan di negara ini sejak awal 1993 dan pengeluaran terakhirnya adalah pada bulan Jun 2009.

Untuk rekod, sepanjang pengeluaran model kenderaan itu selama 16 tahun, sebanyak 952,216 unit kereta itu telah dijual dengan sekurang-kurangnya 85% dianggarkan masih berada di atas jalan raya.

Menurut seorang peniaga kereta terpakai yang dikenali sebagai James Lim, sekiranya model kenderaan tersebut masih berada dalam keadaan yang baik, ia boleh terjual dengan harga mencecah antara RM2,000 hingga RM4,500.

Bagaimanapun ia bergantung kepada tahun kereta itu dihasilkan dan modelnya sama ada ia menggunakan transmisi automatik atau pun manual, hatchback atau saloon.

“Nilai yang ditawarkan oleh peniaga kereta terpakai adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Sesetengah peniaga hanya menawarkan sebanyak RM1,000 untuk model itu,” ujarnya.

Tambah Lim, kebanyakan peniaga kereta terpakai menolak untuk mengambil model tersebut untuk dijual kerana mereka mendapati kereta itu sukar dijual memandangkan pembeli perlu membayar secara tunai untuk mendapatkan sebuah Proton Wira. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: pencuripenjenayahProton Wira
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd