• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Terima 170 Mohon Naik Taraf Pusat 3S/4S

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menerima 170 permohonan untuk menaik taraf pusat 3S/4S dalam kalangan peniaga sedia ada dan pelabur baharu dalam tempoh tiga bulan, dengan 66 permohonan dinilai dan diluluskan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata proses manaik taraf itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memastikan kejayaan sinergi, susulan pengambilalihan 49.9 peratus sahammnya oleh Zhejiang Geely Holdings Group (Geely), China.

“Pemakaian sistem skor audit kualiti produk Geely – adaptasi sistem yang digunakan oleh Volvo Cars – membantu mengenal pasti isu dan menyumbang kepada pengukuhan skor audit merentas semua model.

“Lebih banyak inisiatif dijangkakan tahun ini ketika Proton bersiap sedia untuk membina kereta yang sepadan kualiti pengeluar kereta premium,” katanya.

Sementara itu, bagi April, Proton berkata ia menawarkan pembiayaan sifar peratus kepada pembeli kereta kali pertama bagi model Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian), yang mengambil pinjaman untuk tempoh lima tahun dengan Hong Leong Bank.

Bagi pembelian Proton Saga dan Persona (hanya Premium CVT), pembeli akan menerima body kit percuma bagi tempahan yang dibuat sepanjang April.

Selain itu, rebat juga diberikan ke atas model lain Proton selain insentif menarik ke atas baki stok kereta yang dikeluarkan pada 2017. – BERNAMA

Tags: naik tarafProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

29/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan terus menaik taraf taman-taman awam di seluruh negeri bagi menyediakan ruang riadah yang lebih...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd