• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Suspek Terlibat 13 Kes Samun Di Kedah

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Polis telah menyelesaikan 13 kes samun bermotosikal di beberapa daerah di negeri ini dengan tertangkapnya seorang lelaki berumur 24 tahun di Perumahan Keda, Kampung Sungai Semiar dekat Sik pada 11 April lepas.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang mengadakan serbuan di rumah suspek kira-kira 3.15 petang, sejurus pihaknya menerima laporan kes samun membabitkan seorang wanita, di sini pada 29 Mac lepas.

“Dalam kejadian itu, wanita terbabit mengalami kecederaan parah pada muka dan anggota badan selepas motosikal yang ditunggangi terbabas akibat disamun suspek.

“Soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan 13 kes samun di sekitar Pendang, Sik, Baling, Yan dan Kuala Muda sejak penghujung 2016,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui satu beg tangan, 11 keping kad pengenalan mangsa samun dan dua telefon bimbit, selain merampas motosikal milik suspek.

Fadzil berkata modus operandi suspek yang masih bujang dan tidak bekerja itu ialah menunggang motosikal jenis Yamaha 125 tanpa nombor pendaftaran dan menyasarkan penunggang motosikal wanita yang meletakkan beg tangan di dalam raga kenderaan itu.

Lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu direman 14 hari bermula tarikh dia ditangkap dan kes disiasat menurut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, katanya seramai 287 anggota dan pegawai polis ditugaskan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di daerah itu dan 128 anggota lagi ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terkawal pada hari penamaan calon Sabtu ini.

“Jalan di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Pendang terlibat dalam penutupan jalan, bermula 8 hingga 11 pagi pada hari penamaan calon itu. Saya beri amaran, jangan timbulkan masalah yang boleh menjejaskan proses penamaan dan pengundian nanti,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes samunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd