• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas Dadah Lebih RM15,000

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan empat lelaki serta merampas dadah jenis syabu bernilai RM15,312 dalam empat serbuan berasingan di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Mohd Faisal Yahya berkata suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun itu ditahan hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menerusi ‘Ops Khas’ antara pukul 7 pagi hingga 5 petang.

“Empat serbuan berasingan di sekitar Port Dickson itu membabitkan sebuah rumah teres, sebuah rumah kedai dan kolam ikan serta turut menahan sebuah kereta di Lukut yang dipercayai digunakan bagi tujuan aktiviti pengedaran. Semua kawasan tersebut dipercayai menjadi lokasi pengedaran dadah yang aktif di Port Dickson.

Keempat-empat suspek merupakan pengedar yang aktif di kawasan Port Dickson dan ujian saringan air kencing didapati positif. Suspek juga mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kesemua suspek kini ditahan reman bagi tujuan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd