Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Video: Tangki Penapisan Minyak...

SEREMBAN - Sebuah unit tangki penapisan minyak milik Petron di Port Dickson terbakar...

Nafas Iblis Aiskrim Terpedas...

PANAS... Sebuah kafe di Scotland, Britain menjadi tumpuan ramai kerana menghasilkan aiskrim berperisa...

Kenyataan Kontroversi Tidak Gugat...

PASIR SALAK - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin...

Rafizi Diminta Henti Perlekeh...

KUALA TERENGGANU – Berhenti perlekeh mana-mana pihak dan tumpu kepada program pembinaan semula...

Polis Rampas 16 Dron Pada Hari Penamaan Calon

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 16 dron yang diterbangkan secara haram di kawasan penamaan calon di seluruh negara Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tindakan itu diambil susulan laporan berhubung penggunaan dron tanpa permit sah daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Mana-mana pihak boleh menggunakan dron tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada DCA terlebih dahulu, katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata laporan mengenai penggunaan dron itu adalah antara 30 aduan yang diterima PDRM berkaitan proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada hari berkenaan.

Katanya laporan lain termasuk daripada calon PKR, Dr. S. Streram yang mendakwa polis menghalang beliau daripada mengemukakan borang pencalonan PRU14 bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

“Kita telah menerima dua laporan polis termasuk daripada beliau sendiri (Dr S. Streram) berhubung perkara itu. Dakwaan itu adalah tohmahan semata-mata kerana pihak polis hanya menerima dan bertindak mengikut arahan daripada pegawai pilihan raya.


“Bagaimanapun, siasatan terperinci sedang dijalankan dan akan merujuk perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila kertas siasatan telah lengkap,” katanya.

Sabtu lepas, SPR mengisytiharkan Datuk Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau selepas calon PKR itu tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya kerana gagal mengemukakan pas calon kepada pihak berkuasa.

Terdahulu pada majlis itu, 214 pegawai dan anggota dianugerahkan pingat Jasa Pahlawan Negara (PJN) bagi menghargai semangat kepahlawanan dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dengan PDRM. – BERNAMA

Kategori