• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenalpasti 16 Lokasi Panas Di Kuala Muda

oleh Ahmad Albab
09/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sebanyak 16 lokasi panas dikenalpasti di daerah Kuala Muda, membabitkan dua kawasan Parlimen dan lima Dewan Undangan Negeri (DUN), yang akan diberikan tumpuan sewajarnya oleh polis Kedah menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, kesemua 16 lokasi terbabit dikategorikan sebagai ‘panas’ susulan kepadatan pengundinya yang melebihi 3,000 orang, yang dibimbangi boleh tercetusnya kejadian tidak diingini.

“Kita akan menempatkan seramai 650 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda selain turut dibantu anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Bukit Aman, bagi memastikan perjalanan PRU14 lancar.

“Kita turut mengenal pasti sekumpulan individu yang mungkin cuba menimbulkan suasana kecoh di daerah ini ketika PRU nanti..mereka rasa diri sebagai juara kampung dan mungkin akan membuat kecoh namun polis ingin memberi peringatan supaya mereka tidak bertindak melanggar undang-undang,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di IPD Kuala Muda, di sini, hari ini.

Menurutnya, polis turut memiliki rekod gambar anggota individu-individu terbabit dan mereka boleh ditahan mengikut peruntukkan undang-undang jika didapati cuba menimbulkan masalah atau kekecohan.

​​​​​​​”Gambar mereka ini pun kita sudah ada jadi nasihat saya, janganlah menimbulkan masalah sehingga mereka boleh ditahan..polis akan ke rumah mereka untuk menahan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, sepanjang PRU14, polis kontinjen Kedah akan menugaskan seramai 5,200 anggota bagi memastikan kelancaran PRU14 serta keselamatan pengundi.

“Pengundi tidak perlu berasa bimbang dan boleh keluar mengundi dengan selamat..malah anggota Rela juga akan membantu polis trafik bagi mengawal lalulintas.

“Soal kempen pula mana-mana parti boleh berkempen tanpa larangan dan pengundi boleh mendengar kempen dalam keadaan selamat kerana polis akan menjaga dan mengawal keselamatan sepanjang PRU ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: kuala mudaPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd