• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Nasihat Anggota Parlimen Untuk Kekal Kesetiaan

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu semua anggota komponen parti Barisan Nasional (BN) dan anggota-anggota Parlimen BN bersatu padu dan kekal setia kepada parti.

Amanat itu disampaikan beliau dalam pertemuan khas bersama anggota Parlimen BN di Seri Perdana di sini yang berlangsung kira-kira setengah jam bermula 9 pagi tadi.

Beberapa anggota Parlimen BN yang keluar dari perkarangan Seri Perdana kelihatan ceria sambil menurunkan tingkap kenderaan masing-masing untuk melambai tangan kepada para media yang berkumpul di luar Seri Perdana sejak 8 pagi.

Penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata perdana menteri turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Parlimen atas perkhidmatan mereka sepanjang penggal ini.

“Beliau (Najib) mengucapkan terima kasih kepada kami anggota Parlimen kerana telah membuat tugas dengan baik…ini pendekatan baharu yang dibuat Najib (dalam pertemuan tersebut).

“Beliau juga menasihatkan kami pada pilihan raya nanti, akan ada nama yang naik, ada yang turun. Ada yang dicalonkan, ada yang tidak dicalonkan tetapi kita mesti tetap bersama-sama BN,” kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu.

Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau berkata pertemuan hari ini dianggap istimewa kerana Najib menyampaikan ucapan yang menyentuh hati mengenai setiakawan dan kesetiaan kepada pemimpin.

“Dalam pertemuan itu juga perdana menteri mengingatkan kami sebagai anggota Parlimen untuk bersama-sama sebagai satu keluarga,” katanya kepada media ketika keluar dari perkarangan Seri Perdana.

Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng yang juga Setiausaha Agung Gerakan berkata pertemuan tersebut telah berlangsung dengan baik

“Kami menerima beberapa amanat daripada perdana menteri yang meminta kami untuk bersiap sedia (menghadapi pilihan raya umum),” katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berkata Najib juga menasihatkan anggota Parlimen untuk mengekalkan semangat kepada perjuangan BN sama ada dicalonkan pada PRU nanti atau tidak.

“Kita semua gembira dengan pertemuan ini, yang melambangkan kesepaduan dalam BN. Semua rasa puas hati dengan cara perdana menteri dan akan teruskan dengan semangat BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd