• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Hanya Ditentang Calon PKR, PAS, Bebas

oleh Ahmad Albab
28/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar calon PPBM, Mohamad Zahid Mat Arip yang bertanding atas logo PKR; calon PAS, Ahiatudin Daud dan Datuk Kadir Sainudin (Bebas).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14, di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Mohamad Zahid merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM manakala Ahiatudin yang juga pesara tentera berpangkat kapten ialah Timbalan Ketua PAS Pekan dan Kadir dikatakan seorang kontraktor dari Johor.

Najib, yang berbaju Melayu biru tua dan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Bangunan UMNO Pekan pada 8.35 pagi, dan berarak bersama-sama penyokongnya selama lima minit menuju ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 300 meter dari bangunan tersebut.

Beliau diiringi empat calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, iaitu Khairuddin Mahmud (Pulau Manis), Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Najib, yang menyandang kerusi Parlimen Pekan sejak 1976, dilihat tersenyum dan melambai kepada penyokong BN yang kelihatan cukup bersemangat mengibarkan bendera BN bersama pelbagai sepanduk sambil melaungkan ‘Hidup BN’ di sepanjang laluan menuju ke dewan konvensyen.

Pada PRU13, Najib menang dengan majoriti 35,613 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon PKR Mohd Fariz Abd Talib. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Daesh Beri Amaran Ganggu Pilihan Raya Iraq

Next Post

Proses Penamaan Calon PRU14 Dalam Suasana Aman

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Proses Penamaan Calon PRU14 Dalam Suasana Aman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd