• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tidak Patut Salahkan SPR Atas Kesilapan Sendiri

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – PKR tidak sepatutnya menuding jari terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kejadian beberapa calonnya tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas kesilapan mereka sendiri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tuduhan bahawa SPR mempunyai agenda tertentu dengan mengubah peraturan penamaan calon adalah tidak berasas kerana SPR telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

“Mereka menuding jari terhadap SPR sama seperti satu jari tunjuk ke depan dan empat lagi jari menunjuk diri sendiri.

“Ikut dan akurlah undang-undang SPR dan saya percaya SPR juga ikut dan akur dengan undang-undang. Kalau kamu ada masalah parti, selesaikan masalah parti kamu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat kuarters Apartmen Fasa 5 dan 6 di Presint 9, di sini hari ini.

Semasa proses penamaan calon PRU14 semalam, beberapa calon PKR hilang kelayakan bertanding antaranya Naib Presidennya Tian Chua yang tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen Batu apabila pencalonannya ditolak oleh SPR kerana telah dihukum denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis.

SPR turut menolak pencalonan calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah, Dr. Mohd Hafidz Rizal kerana disahkan bankrap, manakala calon PKR DUN Rantau, Dr. S. Streram gagal mengemukakan borang pencalonan kerana tidak membawa pas calon.

Tengku Adnan berkata pakatan pembangkang juga sebelum ini dilihat cuba mencari alasan teknikal untuk mengharamkan UMNO menjelang PRU14 berikutan tindakan 16 anggota UMNO yang memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan.

“Tetapi dia lupa dalam Perlembagaan UMNO, ada klausa (menyebut) anggota yang membawa UMNO ke mahkamah secara automatik akan digugurkan,” katanya.

Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan tiga minggu menjelang PRU14 itu, kumpulan tersebut mendakwa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk UMNO menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar perlembagaan parti itu.

Pada 5 Mac lepas, RoS dalam kenyataan mengesahkan permohonan UMNO menangguhkan pemilihan peringkat Majlis Tertinggi untuk 2017 diluluskan, selaras peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17 yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, bahagian dan cawangan, tidak boleh melebihi 18 bulan daripada tarikh pemilihan sepatutnya diadakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPKRSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

22/07/2026
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fuziah Salleh mengingatkan pengundi Negeri Sembilan bahawa manifesto hanyalah janji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd