• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Dominasi Agihan Kerusi DUN Selangor

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTING – Seperti dijangka, PKR mendominasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pakatan pembangkang Selangor yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14, dengan diperuntukkan 21 kerusi.

Parti gabungan dalam pakatan itu iaitu DAP pula diberi 16 kerusi; Amanah sebanyak 10 kerusi manakala PPBM mendapat sembilan kerusi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr Xavier Jayakumar ketika ditemui pemberita pada majlis pecah tanah bangunan baharu Majlis Daerah Kuala Langat, di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Xavier, calon-calon akan diumum dalam masa terdekat.

Sebelum ini, PH Selangor dilapor menyatakan agihan kerusi akan diumum sebelum pembubaran Parlimen namun ia tertangguh beberapa kali susulan wujudnya ketidaksepakatan antara kepimpinan pakatan itu berhubung perkara berkenaan.

Antara punca yang didakwa menyebabkan kelewatan PH memuktamadkan agihan tersebut adalah kerana PPBM dilapor bertegas mahu bertanding di 12 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN).

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN dengan DAP dan PKR masing-masing menguasai 14 kerusi, PAS dan BN masing-masing 12 kerusi serta Amanah dan Bebas masing-masing dua kerusi. – BERNAMA

*sekadar Video Hiasan..

Tags: PKRPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki meluahkan pandangannya mengenai PKR yang pada beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd