• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Selangor, PKNS Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selangor melangkah ke separuh akhir saingan Piala FA 2018 dengan menewaskan musuh tradisi, Kuala Lumpur 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi suku akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Sabtu malam.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas Kuala Lumpur berjaya bangkit menyumbat tiga gol dalam waktu perlawanan sebenar untuk mengikat Selangor dengan agregat 3-3.

Pada penentuan sepakan penalti itu, penjaga gol Selangor, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid muncul wira pasukan selepas cemerlang menyelamatkan dua daripada sembilan sepakan penalti Kuala Lumpur yang salah satunya diambil kapten, Indra Putra Mahayuddin.

Kuala Lumpur yang turun tanpa jurulatih Fabio Joaquim Maciel da Silva akibat didenda daripada berada di kawasan teknikal, bermula garang dengan membuka jaringan seawal minit ke-14 menerusi Mohd Zaquan Adha Abd Radzak.

Jaringan pembukaan itu ternyata meniup semangat barisan pemain skuad ‘The Hawks’ apabila terus mengasak kubu pertahanan lawan bagi memburu gol kedua sebelum ia hadir pada masa kecederaan babak pertama menerusi pemain import, Paulo Josue Sturmer Dos Reis.-

Gol ketiga Kuala Lumpur dijaringkan pemain pertahanan, Muhd Syazwan Andik Mohd Ishak pada minit ke-54.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor yang juga pemenang terbanyak dengan rekod lima edisi kejuaraan akan berdepan PKNS FC dalam aksi separuh akhir selepas skuad ‘Semut Merah’ itu berjaya mengikat Perak 2-2 dalam satu lagi aksi suku akhir di Stadium Perak, Ipoh.

Keputusan itu menyaksikan PKNS FC layak secara agregat 4-3 selepas memenangi aksi suku akhir pertama 2-1 yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 7 April lalu.

Beraksi dihadapan 21,000 penyokong, ‘The Bos Gaurus’ dikejutkan dengan ketinggalan 2-0 hasil jaringan pemain pertahanan, Rodney Celvin Akwensive pada minit ke-54 diikuti jaringan penalti yang disudahkan K.Gurusamy sepuluh minit selepas Kenny Pallraj mengasari Muhammad Faris Ramli dalam kotak penalti.

Tersentak dengan dua jaringan itu, Perak bangkit merapatkan jurang menerusi kapten, Muhammad Nasir Basharuddin pada minit ke-72 dan 82, namun usaha mencari gol kemenangan menemui jalan buntu. – BERNAMA

Tags: Piala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd